6 Petua Mudah Untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

02f14023

Gambar: INGimage


 
Lingkaran gelap bawah dibawah mata boleh membuatkan seseorang itu kelihatan tua dari usia sebenar. Antara faktor yang menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata ialah alergi, kurang tidur, perubahan hormon, keturunan dan sebagainya. Masalah lingkaran gelap dibawah mata ini dapat diselesaikan dengan enam petua mudah dari Jelita.
 
Uncang Teh

Bagi anda yang suka minum air teh apabila bancuh air teh, jangan buang uncang teh itu. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25 hingga 30 minit.
 
Timun

Timun adalah antara sayuran yang berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya mudah, letakkan dua hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Timun bukan sahaja berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata tetapi juga membantu untuk merawat radang pada kelopak mata.
 
Kentang

Kentang juga berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum dibilas dengan air.
 
Putih Telur

Putih telur selalunya digunakan sebagai masker untuk menyerikan wajah. Selain itu, ia boleh digunakan pada bahagian mata. Sapukan sedikit telur putih pada bahagian mata dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat lingkaran gelap bawah mata tetapi juga membantu membuatkan mata jadi lebih segar.
 
Air Kosong

Elakkan dari minum air kosong sejam atau 2 jam sebelum tidur. Pengambilan air kosong sejam hingga dua jam sebelum tidur boleh menyebabkan berlakunya lingkaran gelap bawah mata.
 
Tidur Yang Cukup

Paling penting untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ialah dengan tidur yang secukupnya. Apabila anda tidur dengan cukup, bukan sahaja mata anda yang sihat tetapi tubuh badan luaran dalaman juga akan sihat.

The post 6 Petua Mudah Untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment