6 Makanan Tidak Sesuai Untuk Bayi

Selepas bayi berusia enam bulan, pasti ramai ibu teruja untuk memberi bayi makan pelbagai jenis makanan. Tetapi harus diingat, tidak semua makanan sesuai untuknya. Biarpun makanan ini berkhasiat dan baik untuk tubuh namun ia tidak sesuai untuk bayi yang masih kecil. Ada di antaranya boleh memudaratkan. Jadi, sebagai ibu anda perlu berhati-hati dalam memilih makanan untuk si kecil. Pilih makanan yang sesuai dengan umurnya.

Little child is eating red apple

Berikut antara makanan yang perlu dielakkan:

Putih telur

Ia tinggi kandungan protein dan baik untuk tubuh. Tetapi tidak untuk bayi berusia bawah setahun. Putih telur boleh membahayakan bayi dan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut malah boleh mengundang komplikasi yang lebih teruk.

Sayur mentah

Sayur kaya dengan pelbagai jenis nutrien dan ada di antaranya mampu mengubati penyakit. Tetapi sayur yang tidak dimasak tidak sesuai untuk bayi. Seperti lobak merah atau salad kerana boleh menyebabkan bayi tercekik.

salad with surimi

Kekacang

Membberi bayi anda makan kekacang boleh menyebabkan dia tercekit kerana saluran esofagus tersumbat. Bayi belum pandai mengunyah dengan betul, jadi dengan memberinya makan kekacang adalah satu tindakan yang salah biarpun makanan ini tinggi kandungan serat.

Makanan dalam tin

Jangan sesekali beri bayi anda makan dalam tin. Bukan sahaja tidak menyihatkan malah ia boleh menyebabkan bayi anda terkena jangkitan bekteria. Makanan dalam tin hanya sesuai untuk orang dewasa bukan untuk si kecil.

Jus buah

Minuman ini tidak dinafikan kaya dengan pelbagai khasiat untuk tubuh. Tetapi memberi bayi anda minum jus yang dipek mungkin satu tindakan yang salah. Jus ini mengandungi bahan pengawet yang sukar dihadam bayi dan ini boleh mendatangkan mudarat kepadanya. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda memperkenalkan jus buah segar kepada bayi.

Buah sitrus

Limau, lemon, mangga dan nenas kaya dengan vitamin C yang baik untuk tubuh. Tetapi buah jenis ini tidak sesuai untuk bayi di bawah usia setahun kerana ia tinggi asid dan boleh menyebabkan perut bermasalah.

Citrus fruits

The post 6 Makanan Tidak Sesuai Untuk Bayi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment