5 Penerbangan Termewah Dunia

Perkara pertama yang terlintas di fikiran tatkala merancang percutian terhebat ialah penerbangan. Pastinya anda inginkan penerbangan yang terbaik dengan pesawat terbaik. Teknologi pesawat kian berkembang maju dan ia seiring dengan penampilan kabin pesawat termasuk dekorasi dalamannya. Setiap syarikat penerbangan berlumba-luba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
 
Jelita membariskan lima penerbangan termewah yag diolah sempurna langsung berubah bak hotel bertaraf lima bintang di langit biru.
 

emirates

Gambar: airlinereporter.com


 
Emirates

Bermula dengan hanya sepasang pesawat pada 1985, Emirates terus menjadi kuasa mewah yang disegani. Pesawat Emirates dilengkapi dengan kamar mandi, tempat ganti baju peribadi, meja solek dan bar mini persendirian. Anda bagaikan dilimpahi dengan kemewahan sebenar sepanjang perjalanan dari awal hingga akhir. Perjalanan anda dimeriahkan lagi dengan hiburan multimedia tanpa henti. Begitu juga dengan persembahan seleksi hidangan terbaik pada setiap waktu makan.
 

etihad

Gambar: traveller.com


 
Etihad

Syarikat penerbangan Etihad merangkumi perjalanan ke 68 destinasi dari 43 negara di seluruh dunia. Etihad menyediakan penerbangan terbaik berkonsepkan hospitaliti mewah Arab. Diamond Suite Kelas Pertama adalah yang paling mewah dalam syarikat penerbangan ini. Segala-galanya mewah dengan suite peribadi, kamar tidur bersama pengurus makanan dan minuman anda sendiri yang menampilkan makan malam bertaraf lima bintang. Suite ini turut dilengkapi dnegan TV skrin lebar 23-inci, bar mini peribadi, kerusi urut yang digarap penuh privasi.
 

virgin-atlantic

Gambar: virgin-atlantic.com


 
Virgin Atlantic

Peneraju syarikat penerbangan ini ialah Sir Richard Branson. Sayrikat penerbangan ini berpangkalan di California dan syarikat ini punya misi untuk membuat setiap penerbangan yang berkualiti dengan kadar gangguan minimum. Pesawat syarikat ini dilengkapi dengan kemudahan internet, tempat duduk kulit yang direka khas, skrin sentuh video di setiap tempat duduk belakang yang menawarkan tetamu dengan pelbagai jenis menu serta pilihan hiburan yang tidak terkira banyaknya.
 

british-airways

Gambar: britishairways.com


 
British Airways

Syarikat penerbangan British Airways beroperasi selepas Perang Dunia 1. British Airways mengisytiharkan syarikatnya sebagai syarikat penerbangan pilihan ramai kerana punya lounge yang selesa serta aneka hidangan makanan yang menyelerakan. Misi syarikat ini adalah untuk menjadikan syarikat penerbangan ini yang terbaik dan paling berjaya di dunia. British Airways menduduki carta teratas dengan menampilkan ruang kerja dan jadual makan mengikut jadual anda sendiri tanpa diganggu krew pesawat.
 

delta

Gambar: delta.com


 
Delta

Penerbangan yang benar-benar menggambarkan erti sebenar keselesaan seperti berada di rumah sendiri. Syarikat penerbangan ini menyediakan tempat duduk katil rata, hiburan dan hidangan makanan yang lazat. Diberi pujian oleh penumpang sebagai penerbangan terbaik kala menuju ke Afrika.
 
Sumber: GLAM

The post 5 Penerbangan Termewah Dunia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment