Pernahkah anda terfikir tempat-tempat ini wujud di dunia ini? Percayalah, dunia ini dipenuhi dengan tempat-tempat yang menakjubkan. Jelita senaraikan tempat-tempat menakjubkan yang benar-benar wujud di dunia ini.
Pantai Bercahaya
Anda peminat filem Life of Pi? Pasti anda akan terpegun saat melihat pantai ini. Pantai ini terletak di Bioluminescent Bay di Viewques, Puerto Rico. Apa yang menakjubkan tentang pantai ini ialah pantai itu akan mengeluarkan cahaya biru setipa kali dipukul ombak. Cahaya biru itu terhasil dari mikro organisme yang menghasilkan cahaya biru sebak sahaja hari menjelang malam.
Kolam Mata Air Panas
Sekali lihat pasti anda akan menyangka ia adalah foto planet lain tapi percayalah, tempat ini adalah sebuah kolam air panas yang terletak di Taman Nasional Yellowstone di Wyoming, USA. Kolam mata air panas yang bernama Grand Prismatic Spring ini adalah kolam air panas yang paling besar di Amerika Syarikat serta ketiga paling besar di dunia.
Gerbang Neraka
Tempat ini dipanggil Door To Hell atau Gerbang Neraka. Terletak di Derweze, Turkimenistan, tempat ini sentiasa mengeluarkan lava sepanjang lebih dari empat dekad.
Tasik Lutsinar
Flathead Lake di Montana, Amerika Syarikat ini popular dengan permukaannya yang luas serta airnya yang sangatlah jernih. Panjang tasik ini mencecah sehingga 43.9 km dan lebarnya pula mencecah 24.9 km. Tasik ini merupakan tasik air tawar paling besar di Amerika Syarikat. Air tasik ini begitu jernih ia seolah-olah kelihatan anda sedang terapung di awangan.
Bukit Pelangi
Tempat ini tidak hanya wujud di foto, bahkan bukit pelangi ini benar-benar wujud. Terletak di Taman Zhangye Daznxia National Geographic di China. Bukit-bukit di situ kelihatan bewarna-warni kerana kewujudan sandstone yang terbentuk sejak 24 juta tahun yang lalu.
The post 5 Lokasi Paling Menakjubkan Di Dunia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment