Anda suka melihat orang pakai kasut bertumit tinggi. Teringin untuk mencubanya tetapi tidak selesa? Bila pakai, kaki terasa sakit. Kita juga sering mendengar atau terbaca tentang keburukan memakai kasut bertumit tinggi dalam tempoh jangka masa panjang. Jelita kongsikan cara memakai kasut tumit tinggi dengan selesa, tanpa rasa sakit!
Pilih Ketinggian Yang Sesuai
Pilih ketinggian tumit yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa memakai kasut tumit tinggi, tidak menjadi masalah sekiranya anda memilih tumit yang runcing dan setinggi mana yang anda mahu. Dan sekiranya anda baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaja wedges. Belajar dari ketinggian rendah dahulu.
Rehatkan Kaki
Sekali-sekala rehatkan kaki anda. Tanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda. Cara ini membenarkan kaki anda ‘bernafas’ dan mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.
Jangan Pakai Kasut Terlalu Lama
Sentiasa bersedia dengan sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi bukan direka untuk dipakai dengan jangka masa yang lama. Elakkan dari memakai lebih daripada empat kali seminggu dan pastikan hari selebihnya anda memakai kasut biasa.
Cara Berjalan
Cara berjalan dengan kasut tumit tinggi tiada biasanya ketika anda berjalan dengan flat shoes. Apa yang penting ialah anda dapat mengimbangi diri anda ketika anda memakai kasut tumit tinggi.
Beli Kasut Tumit Tinggi Yang Berjenama Dan Kualiti Terbaik
Kasut tumit tinggi yang berkualiti adalah kasut dari jenama yang terkemuka. Ini kerana kasut tumit tinggi dari jenama yang terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakitkan kaki berbanding kasut tumit tinggi yang dijual di kedai biasa. Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana kasut yang diperbuat daripada plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet dan membengkak.
Pilih Material Yang Sesuai
Kini terdapat banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik kulit, dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana ia biasanya akan mengikut bentuk kaki.
The post 5 Cara Pakai Kasut Tumit Tinggi appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment