10 Kebaikan Coklat Yang Ramai Tidak Tahu

ing_36820_00592

Gambar: INGimage


 
Setiap kali bicara soal coklat pasti ramai yang menganggap coklat itu adalah makanan yang menggemukkan badan. Ramai yang tidak tahu coklat itu mengandungi kebaikan dan khasiat yang baik untuk tubuh anda. Jelita kongsikan 10 kebaikan coklat yang ramai tidak tahu.
 
Kurangkan Kadar Strok

Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang mengambil 45g coklat seminggu dapat mengurangkan sebanyak 20% risiko dari terkena serangan strok.
 
Tingkatkan Kadar Kesihatan Jantung

Coklat juga membantu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan dan juga risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat mampu bertindak melawan peradangan jantung.
 
Melawan Diabetis

Kajian di Itali yang dilakukan pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.
 
Melindungi Kulit

Lupakan semua yang anda dengar tentang coklat menyebabkan jerawat pada wajah anda. Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit anda. Antioksidan yang dipanggil flavonoid yang terkandung dalam coklat menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV.
 
Elakkan Dari Penyakit Batuk

Coklat juga mengandungi”Theobromine” yang membantu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Pada tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat batuk yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang mungkin berisiko untuk tubuh anda.
 
Hilangkan Stres

Coklat juga membantu untuk mengurangkan tekanan atau stres. Menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Jadi, jika anda stres atau tertekan sewaktu bekerja, amda bolehlah menikmati coklat untuk mengurangkan stres.
 
Tingkatkan Aliran Darah

Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu meningkatkan aliran peredaran darah  dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala.
 
Tingkatkan Kadar Penglihatan

Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.
 
Bantu Jadi Bijak

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.
 
Isi Perut

Coklat juga kaya dengan fiber yang membantu membuat anda rasa kenyang dan kurang lapar. Kajian menunjukkan pengambilan coklat gelap adalah lebih baik berbanding susu.

The post 10 Kebaikan Coklat Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment