Ada sesetengah produk memberikan tarikh luput contohnya seperti produk makanan, minuman dan barangan mandian.
Bagaimana pula dengan peralatan lain yang selalu anda gunakan di rumah? Jelita bantu anda untuk ketahui jangka hayat barangan rumah yang perlu anda titik beratkan!
1. Bantal – Tidak kira diperbuat daripada bahan apa, bantal hanya mampu bertahan selama dua hingga tahun. Apatah lagi habuk mudah meresap ke dalam kekabu bantal. Jika diguna lebih lama, anda akan mengalami sakit tengkuk akibat perubahan bentuk bantal. Malah kulit muka anda juga akan ditumbuhi jerawat kerana kuman di bantal.
2. Span – Tidak kira span membasuh pinggan mangkuk ataupun menggosok tubuh, ia mudah ditumbuhi bakteria apatah lagi selepas ia lembap dan kering setiap masa. Jangka hayat – dua hingga tiga minggu sahaja!
3. Tuala Mandi – Sila tukar tuala mandi anda selepas tiga tahun! Bakteria akan mula bercambah di permukaan tuala walaupun anda kerap membasuhnya.
4. Berus Gigi – Anda disarankan menukarnya setiap dua-tiga bulan, ataupun selepas berus menjadi hancur. Paling elok jika anda menukarnya selepas baru pulih dari demam atau selesema. Jika tidak, anda akan jatuh sakit semula.
5. Puting Bayi – Diperbuat daripada bahan getah seperti latex, puting perlu ditukar selepas koyak ataupun terbiar di tempat kotor. Apatah lagi bayi anda akan sentiasa membuangnya di merata tempat. Tukarkanya kepada yang baru selepas lima minggu, walaupun getahnya masih baik!
6. Pakaian Dalam – Bra anda akan berubah saiz dan menjadi longgar selepas puluhan kali cucian. Jangan ragu-ragu membuangnya kerana ia akan mengganggu keselesaan dan struktur fizikal payudara anda.
Foto: 123rf.com
The post Ketahui Jangka Hayat Produk Dan Peralatan Di Rumah appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment