Putera George dan Puteri Charlotte ternyata seronok mengembara ke Kanada. Adik-beradik keluarga Di-raja British ini telah dibawa menghadiri sebuah majlis kanak-kanak untuk keluarga tentera Kanada.
Menerusi gambar yang dirakamkan, ternyata mereka sungguh gembira sepanjang berada di sana. Salah satu aktiviti yang putera dan puteri kepada pasangan Di-raja Putera William dan Kate Middleton ini ialah bermain dengan binatang peliharaan di zoo kecil yang disediakan untuk kanak-kanak pada majlis itu.
Parti itu turut dilengkapi dengan dekorasi belon yang memenuhi jiwa kanak-kanak. Putera George turut seronok bermain pistol buih bersama bapanya. Bahkan, mereka juga berkesempatan menonton pertunjukkan boneka.
Wakil istana Kensington menyatakan Duke dan Duchess sangat gembira kerana diberi peluang untuk memperkenalkan anak-anak mereka kepada rakyat Kanada dan ia juga satu pengalaman yang bermakna bagi mereka kerana dapat bermain dengan kanak-kanak lain di sini.”
EH! kongsikan gambar-gambar comel Putera George dan Puteri Charlotte gembira berjalan di Kanada.
The post Gambar Putera George dan Puteri Charlotte Bergembira Berada di Kanada appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment