8 Cara Elak Pembaziran

Setiap hari pasti anda akan berbelanja untuk membeli barangan dapur. Malah, ada di antara barang yang dibeli tidak diguna sehingga rosak. Perbuatan ini secara tidak langsung telah mengakibatkan pembaziran makanan dan wang yang dibelanjakan. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, apa kata anda amalkan langkah berikut:

Women in shopping store shopping

 Rancang lebih awal

Beli barang dapur sekali seminggu dan rancanglah hidangan harian anda lebih awal. Senaraikan beberapa hidangan dan pilih sajian yang anda ingin masak. Kemudian, barulah anda membeli barangan yang diperlukan untuk minggu itu. Cara ini mengelakkan anda membeli barang yang bukan-bukan. Paling penting buat senarai barangan agar wang anda dibelanjakan dengan cara yang betul.

 Kerap mengemas

Peti sejuk dan kabinet antara tempat paling banyak menyimpan barang yang dibeli. Jadi, amat penting untuk anda mengemas tempat ini dengan lebih kerap terutama sebelum anda membeli barangan dapur. Cara ini membantu anda mengenal pasti barang yang ingin dibeli dan mengelakkan anda membeli barang sama. Kerap mengemas dan membersih juga membuatkan peti sejuk dan kabinet anda sentiasa kemas dan tidak berbau.

 Buat senarai semak

Senarai semak memabntu anda mengenal pasti barang dan tarikh luput makanan yang disimpan terutama makanan sejuk beku. Cara ini membuatkan anda peka mengenai barang yang harus digunakan dalam masa terdekat sebelum rosak dan dibuang begitu sahaja.

 Cuba resipi baru

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tidak hanya menerusi buku masakan, carian di laman sesawang, menonton rancangan masakan atau bertanya kenalan mampu memberi idea resipi baru yang boleh anda masak. Malah kadangkala, anda boleh mencuba resipi baru dengan hanya melihat barang-barang yang ada di dalam peti sejuk atau kabinet.

03a44202

Lebihan makanan

Ramai yang tidak suka makan lebihan makanan. Tetapi tahuka anda, makanan ini masih selamat untuk dinikmati dan rasanya juga enak jika disimpan dengan cara yang betul. Jadi sewaktu menyimpan, pastikan makanan disimpan di dalam bekas lutsinar dan tulis tarikh makanan itu dimasak. Pastikan anda tidak menyimpan makanan itu lebih daripada tiga hari dan simpan di tempat yang mudah untuk dilihat bagi memastikan anda tidak lupa. Cara ini mampu menjimatkan wang anda.

Simpan dengan betul

Simpan makanan mengikut label yang diarahkan. Ruang laci di dalam peti sejuk elok untuk menyimpan sayur dan buah. Paling mudah, simpan makanan di dalam pembalut asal bagi mengelakkannya rosak sebelum tarikh luput.

 Guna semula

Jika sayur atau buah yang anda simpan nampak tidak segar, jangan terus dibuang kerana kedua-duanya masih elok untuk dimakan. Biarpun buah itu sudah agak lembik dan berair namun rasanya masih enak. Sayur boleh dijadikan sup dan dibekukan. Manakala buah enak dijadikan smoothie atau sos. Buah dan sayur yang dibuang kulit sesuai dibekukan dan digunakan sebagai bahan membuat stok.

Karai Dish with Spinach and fried Paneer

 Kompos

Membuat baja kompos sendiri adalah salah satu cara bagi mengelakkan pembaziran. Buah dan sayur yang belum diproses, daun teh, roti serta kertas bersih antara bahan yang boleh dijadikan baja. Selepas ini anda tidak lagi perlu mengeluarkan duit untuk membeli baja untuk tanaman.

 

 

The post 8 Cara Elak Pembaziran appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment