Top 5 Kanak-Kanak Paling Berpengaruh Dan Popular

Kanak-kanak comel ini mungkin masih belum memahami yang ibu dan bapa mereka adalah selebriti popular di Hollywood. Malah mereka menjadi tumpuan ramai terutamanya daripada paparazzi. Setiap aktiviti dan perkembangan mereka menjadi perhatian umum.

Jelita senaraikan anak-anak selebriti popular Hollywood yang turut terkena tempias populariti ibu bapa mereka.

blue ivy

Blue Ivy carter

Ibu bapanya adalah pasangan selebriti yang digeruni di Hollywood. Jay-Z dan Beyonce merupakan antara pasangan selebriti terkaya dan berpengaruh. Mereka bukan sahaja meraih jutaan dolar keuntungan menerusi album dan royalti lagu, malah melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi. Blue Ivy dilahirkan pada 7 Januari 2012 di New York. Kelahiran Ivy pernah menjadi kontroversi apabila dia dilaporkan dilahirkan menerusi kaedah ‘ibu tumpang’. Bagaimanapun Beyonce menafikan dakwan tersebut. Ivy mewarisi kekayaan dan asset yang bernilai ratusan juta dolar daripada Jay-Z dan Beyonce dan dia mungkin tidak perlu bekerja keras bila dewasa nanti. Untunglah!

suri cruise

Suri Cruise

Anak kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes ini dikenali sebagai kanak-kanak yang pandai bergaya dan peramah. Walaupun dilimpahi dengan kemewahan sejak dari kecil, ibunya Katie berusaha mendidik Suri membesar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Walaupun Tom dan Katie telah berpisah, namun mereka bersama-sama membesarkan Suri. Suri juga mempunyai jenama pakaian sendiri sejak 2013 bernama ‘Suri’ dan telah mula dipasarkan sekitar New York.

north west

North West

North West atau nama samarannya Baby KimYe dilahirkan pada 15 Jun 2013. Anak perempuan kepada pasangan kontroversi Kanye West dan Kim Kardashian ini baru sahaja memiliki adik lelaki Saint West Disember tahun lalu. Ibunya, Kim meraih pendapatan melebihi 50 juta dolar setakat tahun lalu dan North memang dimanjakan dengan kemewahan oleh ibu bapanya.

prince george

Prince George

Anak lelaki dan yang pertama pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton ini bukan sahaja menjadi perhatian dunia malah disayangi oleh rakyat di England. George atau nama penuhnya George Alexander Louis dilahirkan pada 22 Julai 2013. Prince George juga sangat berpengaruh apabila kebanyakan peminat kerabat diraja British menjadikannya sebagai rujukan dalam fesyen kanak-kanak. Prince George mempunyai seorang adik perempuan Princess Charlotte.

flynn bloom

Flynn Christopher Bloom
Ibu dan bapanya dikenali sebagai pasangan paling romantis dan kedua-duanya mempunyai rupa paras yang sangat menawan. Pelakon Orlando Bloom dan supermodel Miranda Kerr yang telah berpisah pada tahun 2013 masih lagi berkawan baik demi membesarkan Flynn bersama. Orlando yang kini bercinta dengan Katy Perry turut merestui hubungan baru Miranda bersama pengasas aplikasi Snapchat – Evan Spiegel. Flynn yang dilahirkan pada 11 Januari 2011 sering diganggu oleh paparazzi kerana wajahnya yang comel.

Foto: Instagram.com

 

The post Top 5 Kanak-Kanak Paling Berpengaruh Dan Popular appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment