Hadiah Hebat Jelita – September 2016

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai & Menang!

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:

Dapatkan Jelita edisi September 2016 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan

Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ

Semua pemenang akan diumumkan di laman web Jelita dan dihubungi melalui e-mel

Ramai wanita mahupun lelaki mengalami masalah keguguran rambut atau rambut kelihatan nipis dan tidak bermaya. Kérastase kini memperkenalkan Densifique terbaru – penjagaan rambut menggunakan formula yang disesuaikan untuk memenuhi ciri berbeza bagi wanita dan lelaki. Ia bukan sahaja membersih dan memperbaharui malah merawat rambut dan menambah struktur kepada rambut secara keseluruhannya bagi mencapai rambut yang diidamkan. Berasaskan konsep Glycobiologi, satu dimensi baru dalam bidang sains rambut digabungkan dengan Stemoxydine buat pertama kalinya bagi menjana jisim rambut yang lebih padat, lebih tebal, dengan kualiti dan daya hidup baru.

kerastase

 

Masker B.liv Glow & Glory mengandungi begitu banyak bahan aktif seperti ekstrak Alteromonas Ferment, ekstrak buahan seperti epal dan Arbutin, produk ini telah disamakan dengan pupur semua-dalam-satu kerana ia bukan saja mampu menghidrat malah mencerah dan mencegah penuaan pra-matang. Malah, produk ini menerima beberapa anugerah termasuk pupur wajah terbaik pada 2015. Disemai dengan campuran bahan semula jadi yang memberi kesuburan, masker ini memberi kesan menganjal yang sangat baik untuk kulit. Ia juga ketara mengurangkan kedutan dan meningkatkan keremajaan kulit.

B.Liv

 

Apabila rambut anda tidak mendapat nutrisi yang
mencukupi, ia akan kelihatan kering, kasar dan tidak bermaya. L’Oreal Professionnel Serie Expert,
memperkenalkan produk terbarunya Nutrifier, generasi terkini dalam penjagaan rambut professional yang juga bebas silikon. Nutrifier berasaskan dua bahan utama iaitu gliserol yang dapat memberi khasiat serat semula jadi kepada rambut di samping meningkatkan nutrisi dan mengekalkan
kelembapan rambut. Tambahan lagi dengan khasiat minyak kelapa yang terkenal dengan kelebihannya dapat memulihkan rambut kering, putus dan bercabang pada masa sama, mengembalikan kilauan dan kelembutan rambut yang anda inginkan.

nutrifier

 

 Good Virtues Co. percaya kecantikan bukan hanya dari segi fizikal. Hidup murni, riang dan berkeyakinan juga menyumbang kepada kecantikan keseluruhan. Inilah definisi kecantikan yang diketengahkan jenama ini menerusi rangkaian penjagaan diri yang serba murni dan disahkan halal oleh Jakim. Good Virtues Co. kaya dengan minyak organik Habbatus Sauda yang berkesan mengembalikan keremajaan rambut dan kulit. Ia bebas minyak mineral, bahan berasas haiwan atau kimia seperti Paraben, SLES dan ALES yang lazim digunakan di dalam kebanyakan produk penjagaan seharian. Good Virtues Co. juga mesra alam dan tidak melakukan eksperimen
terhadap haiwan agar produk yang dihasilkan kekal murni dan boleh digunakan tanpa was-was. Serlahkan keindahan luaran dan dalaman anda. Serlahkan ‘Noor’ anda dan marilah “Celebrate Your Noor” bersama Good Virtues Co. hari ini.

gvc

Adakah anda berasa penat, tertekan dengan
kesibukan rutin harian tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri atau kekurangan bajet untuk bercuti? Jika jawapan anda ya, Herbaline menawarkan kepada anda nafas baru dengan konsep terbarunya ‘Staycation Experience’ seperti anda berada
di taman Zen dengan hanya berada di Kuala Lumpur. Dengan menggunakan konsep tiga dalam satu, Herbaline kini memperkenalkan
• Sojourn Guest House (Live Well)
• HerbaLine Facial Spa (Look Well)
• Mama Kim Sauna Mee Café (Eat Well)
Dengan nilai yang berpatutan anda dan keluarga dapat menenangkan, meregangkan dan memulihkan badan, minda dan juga jiwa. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ift.tt/2ccgelw.

herbaline

Siapa yang tidak mahukan bibir yang memukau perhatian. Terlalu banyak gincu yang hanya memerahkan bibir tetapi tidak memberi kebaikan yang tahan lama malah mengeringkan atau menghitamkan bibir anda dalam jangka masa panjang. Kadangkala, masalah bibir yang hitam amat sukar dimerahkan kembali tanpa diliputi oleh gincu yang pekat warnanya. Penaik Seri Wonder Pink Anugerah 2 dalam 1, berfungsi sebagai pengilat bibir dan juga pemerah pipi yang berubah warna mengikut peredaran darah anda. Kandungan utama minyak jojoba dan bunga matahari dapat melembapkan bibir dan kombinasi Vitamin A dan E dapat menghilangkan kedutan dan garis halus supaya kelihatan lebih mulus. Tiada lagi masalah bibir hitam, gelap, kering dan menggelupas. Yang istimewa tentang Wonder Pink Anugerah ini, ia tahan lama kekal menawan di bibir dan pipi, jadi tak perlu touch up selalu!

anugerah

The post Hadiah Hebat Jelita – September 2016 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment