Fobia Yang Dialami Oleh Selebriti Hollywood Tak Ramai Tahu

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : shutterstock

 

 

Setiap orang pasti mempunyai satu perkara atau item yang mereka takuti atau fobia, tidak terkecuali selebriti. Fobia dikatakan satu gangguan yang dialami oleh ramai orang seperti gerun pada lelabah, atau mungkin takut pada tempat tinggi.

 

Jadi, EH! senaraikan lima selebriti dari Hollywood dengan perkara atau item yang mereka sangat takuti dalam hidup.

 

Kendall Jenner – Lubang

shutterstock_236000971

 

Model dan bintang realiti ini mengalami masalah ketakutan melampau pada lelubang kecil atau dikenali sebagai trypophobia. Baru-baru ini Kendall menulis di laman web miliknya “Item yang boleh buatkan saya hilang mood adalah penkek, sarang lebah atau kepala bunga lotus (paling teruk).”

 

Madonna – Ribut Petir

shutterstock_44672302

 

Ada kata yang penyanyi hebat ini akan sentiasa memeriksa kaji cuaca sebelum beraksi untuk persembahan di tempat terbuka hanya untuk memastikan yang tiada sebarang ribut petir yang akan melanda ketika dirinya naik ke pentas. Tidak pasti sama ada Madonna mengalami masalah astraphobia atau brontophobia, bergantung pada ketakutan dirinya kepada ribut atau guruh.

 

Keanu Reeves – Kegelapan 

shutterstock_251608021

 

“Saya seorang yang takut pada kegelapan, tetapi maksud saya ialah di dalam cara falsafah yang betul.” Nyctophobia adalah lanjutan kepada masalah bimbang pada perpisahan atau kata lain ketakutan yang kanak-kanak lalui ketika mereka berjauhan dengan pengasuhnya.

 

Zach Galifianakis – Tempat tinggi

shutterstock_139315472

 

Pelawak yang terkenal melalui filem Hangover ini sangat takut pada tempat tinggi. Zach dikatakan terpaksa menolak dari menghadiri sidang media untuk The Hangover 3 dek kerana ia mengambil tempat di pergunungan kecil di Brazil, Morro da Urca. Mungkin kita kata ia gunung kecil berbanding dengan puncak gunung lain tetapi ketinggian hanya 220 meter sudah cukup menjadi satu masalah buat mereka yang alami acrophobia.

 

Jennifer Aniston – Terbang

shutterstock_96043328

 

Aktres ini banyak kali mengakui pada umum yang dirinya mempunyai masalah aviophobia. Aniston pernah menyatakan pada umum di Jimmy Kimmel Live! yang dirinya belum pernah menjejaki tempat di dunia yang dirinya idamkan dek kerana ketakutan yang dia alami. Ia bukan hanya dialami oleh Aniston, tetapi juga Ben Affleck, Sandra Bullock dan Aretha Franklin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Fobia Yang Dialami Oleh Selebriti Hollywood Tak Ramai Tahu appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment