Putus cinta bukan sesuatu perkara mudah untuk dihadapi. Bayangkan segalanya berubah dalam sekelip mata. Si dia yang anda cintai selama ini bukn lagi milik anda. Jangan bersedih, Jelita mahu anda bangkit melawan kesedihan dan ikuti tip berguna ini.
Aiskrim! Aiskrim! Aiskrim!
Kedengaran seperti tidak masuk akal, namun aiskrim membantu mood anda menjadi lebih baik. Kajian antarabangsa membuktikan aiskrim mampu merawat stress terutamanya perisa vanilla, coklat dan peppermint. Lupakan si dia, sekarang nikmati waktu anda bersama aiskrim perisa kegemaran! Tapi jangan pula makan aiskrim sehingga berkali-kali setiap hari. Cukup sekadar melepaskan rasa sedih anda. Nanti rasa sedih tak ke mana, berat badan pula meningkat naik! Oppsss!
Masa Untuk Move On!
Moving on bukan bermaksud membenci bekas kekasih anda. Tetapi anda harus membuat sesuatu untuk mulakan hidup baru. Contohnya, padamkan segala memori bersama. Si dia mungkin sudah memulakan hidup baru dengan kekasih baru. Ataupun mungkin akan berkahwin tidak lama lagi. Hormati diri anda! Buang sahaja gambar dan pemberian si dia seperti teddy bear ataupun kad-kad ucapan yang romantik. Di saat ini, semua itu tidak bermakna lansung. Malah tidak membantu anda yang sedang dalam kesedihan ini. Unfriend dia di Facebook dan berhenti mengikutinya di Instagram! Kalau tidak setiap masa anda mahu stalk gambar-gambar terbarunya.
Memaafkan Itu Susah, Tapi…
Anda perlu menerima takdir dan redha dengan segalanya yang telah terjadi. Jangan salahkan sesiapa ataupun diri sendiri. Anggap sahaja Tuhan telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk anda. Percaya dengan kebarangkalian yang positif di masa depan. Selagi anda menyimpan dendam dan marah, selagi itu anda akan terseksa. Betul tak? Jika berkongsi masalah dengan rakan baik anda buat anda rasa lega. Lakukannya sekarang!
Its Makeover Time!
Makeover yang jelita maksudkan bukan sahaja terhadap diri anda, tetapi untuk disekeliling anda juga. Mulakan dengan menukar warna dinding bilik anda kepada warna yang lebih ceria dan sejuk. Contohnya warna daripada tona biru, hijau dan ungu. Ubah atur susunan perabot dalam bilik tidur. Untuk diri sendiri, apa kata anda ubah gaya rambut. Bersenam untuk tampil lebih sihat dan ubah gaya hidup. Jangan dilayan perasan sedih seperti kerap menangis sebelum tidur. Bangun, dan lakukan sesuatu pada diri anda. Bekas kekasih anda mungkin terkejut melihat diri anda yang baru, yang lebih sihat dan cantik. Biarkan dia terfikir bagaimana begitu cepat dan mudah anda move on!
Sumber: cosmopolitan.my
The post Tip Untuk Move On Daripada Bekas Kekasih appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment