Cara penyediaan sayur yang betul sangat membantu dalam mengekalkan zat yang terkandung di dalamnya.
Sayur yang dimakan setiap hari mengandungi pelbagai zat penting yang baik untuk tubuh dalam memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang memuaskan. Tetapi, tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri atau apabila dimasak terlalu lama?
Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
- Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
- Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya terlalu lama.
- Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
- Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
- Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur itu hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
- Masak cara kukus lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Ini kerana mengukus dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
- Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur itu.
- Celur sayur terlebih dahulu sebelum membekukannya kerana proses ini mampu menghentikan enzim yang memusnahkan vitamin yang terkandung di dalam sayur.
- Patikan suhu peti sejuk berada pada paras yang sesuai bagi mengekalkan kesegaran sayur. Harus diingat, sayur yang disimpan di dalam peti dalam masa dua bulan akan hilang kesegarannya.
- Untuk kembalikan kesegaran sayur yang disimpan di dalam peti ais, anda hanya perlu rendam sayur dengan cuka selama beberapa minit. Bukan sahaja segar malah membersihkan sayur daripada kotoran.
The post Tip Kekalkan Zat dan Kesegaran Sayur appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment