The Amazing Race Asia Kembali Untuk Musim Ke 5

The Amazing Race Asia, program popular terbitan AXN Asia kembali lagi untuk musim ke 5 selepas hampir enam tahun direhatkan. Kali terakhir ianya ke udara menyaksikan duo dari Filipina, Richard Hardin dan Richard Herrera dinobatkan sebagai pemenang.

the amazing race asia 5

The Amazing Race Asia 5 kali ini menggunakan khidmat pengacara kacak yang sama, Allan Wu. Program yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2007 itu masih mengekalkan format yang sama. Pemenang bakal membawa hadiah lumayan bernilai AS$ 100,000 bersamaan dengan RM400,000.

Menurut pengacaranya, Allan Wu, program ini merupakan sebuah pertandingan perlumbaan yang sangat mencabar dan mampu merubah hidup seseorang peserta itu. Menurut Kosmo Online, Allan terpaksa melupakan segala penat lelahnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran The Amazing Race versi China edisi Selebriti dan terus bersemangat untuk meneruskan program ini.

Tambah Allan, program ini membuatkan peserta menjadi lebih kuat dan tidak berputus asa walau apa pun halangan yang menimpa.  “Saya telah menyaksikan ramai peserta dalam pertandingan ini berubah menjadi individu yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk mencapai destinasi mereka secara berkumpulan”, ujarnya.

the amazing race asia 5

Mengimbas kembali The Amazing Race Asia, pasukan dari Malaysia, Zabrina Fernandez dan Joe Jer Tee dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan itu. Sementara itu, untuk musim ke 5 ini, Malaysia diwakili oleh tiga kumpulan iaitu pasangan sahabat baik (Yvonne dan Chloe), adik-beradik (Alex dan Will) dan rakan lama sekolah (Brandon dan Alphaeus). Mereka bakal bersaing lapan pasukan daripada Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Episod pertama The Amazing Race Asia 5 dijadualkan disiarkan Oktober depan di saluras AXN Asia, sementara penggambaran dijalankan Ogos ini.

Foto: AXN.Asia.com

The post The Amazing Race Asia Kembali Untuk Musim Ke 5 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment