Tatacara Bersukan Dalam Islam

Bersukan amat digalakkan dalam agama kerana ianya mampu meningkatkan serta mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan sekali gus menjauhkan diri daripada sebarang penyakit.

bersukan dalam islam

Selain baik untuk tubuh, aktiviti bersukan juga baik untuk mental dan kerohanian. Pada masa sama mampu memantapkan perlaksanaan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Sekali gus memupuk perpaduan dan keharmonian sesama manusia. Menurut pendakwah bebas, Ustaz Shahrizan Daud at Turabi, Rasulullah amat menggalakkan ibu bapa untuk mengajar anak agar bersukan seperti memanah, berenang dan menunggang kuda. Ketiga-tiganya amat popular di kalangan orang Arab kerana membentuk fizikal serta mencerdaskan minda.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya untuk melibatkan
diri dengan aktiviti berkaitan fi zikal. Dari segi hukum, bersukan adalah diharuskan. Namun, ada ketikanya sukan ini boleh menjadi haram dan makruh. Ada juga sukan yang sunat dilakukan iaitu sukan sunnah yang disebut Nabi iaitu bermain pedang, memanah dan berlari,” ujarnya.

Malah, sukan menjadi wajib kepada individu yang berpenyakit. Contoh, apabila seseorang itu mempunyai masalah berat badan berlebihan dan dinasihatkan untuk bersukan setiap hari. Jadi, dia wajib melakukan aktiviti fi zikal ini bagi menjaga kesihatannya dengan lebih baik. Namun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mendirikan solat dan mengambil mudah soal aurat. Disebabkan itu, Islam menggariskan beberapa peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi dalam bersukan.

SUKAN YANG DIBENARKAN
* Mencergaskan atau membentuk fi zikal dan dalam masa sama mencerdaskan minda.
* Tidak menghalangnya daripada melakukan ibadat kepada Allah.
* Sukan yang tidak memudaratkan. Sukan ekstrem yang dilengkapi dengan peralatan atau kelengkapan yang mampu melindungi individu jadi, sukan ini dibenarkan.

Pembabitan wanita di dalam aktiviti sukan atau riadah tidak dilarang selagi mereka tidak melanggar batas yang telah ditetapkan Islam terutama berkaitan menjaga auratnya. Ini perlu diambil kira bagi menjaga kedudukan mereka sebagai individu Muslim. Justeru, mereka perlu mengambil berat mengenai perkara berikut:
• Wanita dilarang memperagakan diri dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
• Mereka tidak boleh mendedahkan aurat.
• Wanita juga tidak dibenarkan atau dilarang bergaul bebas dengan lelaki hingga melanggar batas pergaulan.

Pakaian sukan yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi.
LELAKI: Kemeja-T dan berseluar panjang melepasi paras kutut.
PEREMPUAN: Kemeja-T berlengan panjang, berseluar panjang dan menutup rambut serta leher. Pakaian yang dikenakan juga haruslah longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh.

Foto: 123rf.com

The post Tatacara Bersukan Dalam Islam appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment