ISU RUMAH TANGGA BERANTAKAN, INI RESPON ALONG RAJA LAWAK?

pagePelawak Along, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berita kemelut rumah tangganya bersama penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron.

Memetik sumber BH Online, Along memberi maklum balas dengan memilih untuk tidak memanjangkan ‘sengketa’ mereka saat ini. Along juga menolak bila diajak berjumpa.

“Maaf banyak-banyak. Tak apa, sabar itu indah,” balasnya Along ringkas.

Malah, di status profil aplikasi Whatsapp, Along menulis ‘Sod Alif Ba Ro’, iaitu huruf jawi yang merujuk kepada perkataan ‘sabar’.

Kemelut melanda rumah tangga Along dan isteri, Zila menjadi perhatian ramai kira-kira seminggu lalu apabila akhbar sisipan B*POP menyiarkan artikel mengenainya.

Malah, semalam Zila sendiri mengesahkan dia sudah empat bulan tidak tinggal sebumbung dengan pelawak terbabit selain berdepan dengan proses mahkamah difailkan Along, membabitkan kes nusyuz.

Untuk rekod, Zila dan Along mendirikan rumah tangga pada Januari 2010. Mereka turut dilihat sebagai antara pasangan yang cukup bahagia.

Rumah tangga kedua-dua selebriti berkenaan dikatakan mula berantakan pada tahun ini. Malah, kedua-duanya juga dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial termasuk Instagram (IG).

Ketika Aidilfitri lalu, ucapan Selamat Hari Raya dalam IG juga hanya memaparkan gambar Along dan anaknya Danial.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment