INI RESPON ADIRA ISU SUAMI KELUAR BERSAMA DAN MESRA DENGAN RUHAINIES?

catsPenyanyi Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut mengenai penyebaran video suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersama pelakon Ruhainies yang menjadi viral di sosial media semalam.

Adira meminta semua pihak menghormati privasi rumahtangga dan memberi ruang buat dia sekeluarga.

“Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu.

“Saya berharap agar semua pihak memberi ruang dan memahami situasi saya. Hal rumahtangga terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum pada ketika ini.

“Saya sudah menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan dan tidak timbul rasa marah terhadap beliau. Biarlah suami saya menyelesaikan kemelut ini sendiri bersama Ruhainies. Apa sekali pun yang terjadi, saya reda,” katanya.

Adira sebelum ini mengaku bernikah dengan Adnan di Songkhla, Thailand, Disember tahun lalu. Berita perkahwinan Adira menjadi viral di internet apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red memuat naik gambar bersama Adira menerusi akaun Facebook.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment