Gambar : Shutterstock
Jika menyelam adalah aktiviti ekstrem yang anda geruni tetapi menginginkan untuk melihat kehidupan dasar laut yang cantik dan mengasyikkan, mungkin anda patut alami pengalaman bercuti di hotel mewah di bawah permukaan air ini.
The Mantra Resort, Pulau Pemba, Zanzibar
Gambar : The Mantra Resort
Resort ini dicipta seperti sebuah pulau yang terapung di lautan biru yang mana kamar tidurnya pula dicipta dengan kedalaman empat meter di dasar laut. Pengunjung dapat menikmati pemandangan kehidupan laut dengan penuh nyaman. Ia pastinya menjadi satu memori yang indah lagi-lagi buat mereka yang berbulan madu.
Atlantis, The Palm, Dubai
Gambar : Atlantis, Dubai
Buat mereka yang ingin rasai pengalaman bermalam di hotel yang direka di bawah permukaan air, anda patut mula kumpul wang dari sekarang. Underwater Suits di Hotel Atlantis, Dubai adalah satu lokasi berbulan madu yang sangat romantis. Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah bawah laut serta panorama mitos peninggalan purba kota Atlantis. Bahkan, rekaan hotelnya yang cukup mewah yang mana ia direka dengan cermin kaca dari lantai hingga ke siling terus ke Ambassador Lagoon yang penuh dengan ikan jerung serta habitat laut yang lain.
Lovers Deep, Carribean
Gambar : Lovers Deep
Ia merupakan sebuah kapal selam yang dinamakan Lovers Deep. Kapal selam ini menawarkan percutian yang romantis serta privasi buat pasangan yang ingin berbulan madu. Pengunjung dapat melayari lautan Carribean dan alami pengalaman hebat bawah laut dengan bercuti di Lovers Deep.
Sumber : Glam.my
The post Hotel Mewah Bawah Permukaan Air appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment