GAMBAR PERNIKAHAN TERSEBAR, ADI PUTRA DIDAKWA KAHWIN DUA?

GAMBAR-ADI-PUTRA-NIKAH-DUAKetika ini tersebar gambar pelakon Adi Putra dan seorang wanita yang didakwa sebagai isteri kedua pelakon itu. Memetik sumber, Adi berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun.

Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib. Isteri kedua Adi Putra ini juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.

6

Menurut pengirim gambar, isteri kedua Adi Putra merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Diminta mengesahkan dakwaan ini, Aida Yusof, isteri Adi Putra enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Sementara itu Adi Putra pula tidak dapat dihubungi menerusi telefon.

 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment