Cara Mudah Tambah Kenalan Dalam Hidup

Jangan jadi anti-sosial! Anda harus cuba beranikan diri ke depan. Bagaimana nak tambah kenalan kalau anda tidak cuba memulakan perbualan? Lebih ramai orang yang anda kenal, lebih banyak peluang baik yang akan muncul dalam hidup. Cuba tip ini untuk tambah kenalan dan luaskan rangakaian persahabatan…

friendship

Tawar Diri Untuk Jadi Penganjur Majlis 

Cuba anjurkan sebarang majlis keraian ataupun sesi berkelah di hujung minggu bersama rakan-rakan anda. Pesan pada mereka untuk bawa dua atau tiga lagi sahabat mereka yang lain. Anda kena atur segala aktiviti dan menjadi hos untuk acara perjumpaan trsebut. Dari situ, anda berjaya menarik perhatian rakan kepada rakan anda yang lain. Bukan nak jadi attention seeker, tapi nak tambah kenalan! Selepas ini mesti mereka akan fikirkan anda bila ada majlis keraian di masa akan datang. Tunggu saja jemputan daripada mereka.

Bawa ‘Business Card’ Ke Mana Saja 

Jadikan business card anda sebagai antara benda yang penting di dalam beg tangan. Tak semestinya hanya digunakan untuk perkara yang berkaitan hal kerja saja. Dengan kerap memberikan business card anda kepada orang yang baru anda kenali, secara tak lansung anda akan menambah kenalan juga sebarang potensi untuk peningkatan kerjaya dan hidup. Tapi ingat ya, beri kepada mereka yang anda rasa penting untuk masa hadapan. Bukannya agihkannya secara rawak.

Jadi Diri Sendiri

Tidak kira apa pun yang anda lakukan, kadangkala akan dihakimi! Jadi teruskan menjadi diri sendiri dan dalam masa yang sama, perbaiki kelemahan diri. Kerap bertanya rakan baik anda sisi negatif diri yang perlu dibuang. Jadi selepas ini anda tahu bagaimana mahu membawa diri di khayalak ramai. Apatah lagi bila berjumpa dengan rakan baru.

Sumber: cosmopolitan.my

Foto: 123rf.com

The post Cara Mudah Tambah Kenalan Dalam Hidup appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment