Anna Olson Beri Inspirasi Masakan Melalui Program ‘Inspired with Anna Olson’

Rancangan Inspired with Anna Olson membawakan kepada anda pelbagai hidangan yang dihasilkan daripada inspirasi perjalanan Anna Olson merentasi Asia Tenggara.

Asian Food Channel (AFC) mengalukan kedatangan Anna Olson ke empat bandar di Asia Tenggara mempromosikan rancangan terbarunya, Inspired with Anna Olson yang akan mula bersiaran di AFC (Astro Ch703) pada 29 Julai ini jam 9 malam. Program ini berkerjasama dengan Emborg dan BMW Malaysia.

Ikon masakan ini memulakan lawatan dua minggunya di Singapura bermula 8 Julai dan perjalanan seterusnya ke Ho Chi Minh City, Manila dan Kuala Lumpur untuk mendekatkan dirinya dengan peminat dari rantau ini. Dia telah berkunjung ke Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas dan sempat berkongsikan ilmu masakannya di sini.

Inspired with Anna Olson mempunyai 10 episod dan akan menyaksikan perjalanan masakan Anna dari gerai makanan hingga ke restoran berkelas tinggi untuk mengetahui rahsia disebalik hidangan popular di Asia dan kemudian menyesuaikan diri dengan teknik, bahan-bahan dan rasa di dapurnya untuk mewujudkan hidangan sendiri yang diilhamkan daripada perjalanan tersebut.

2

Lawatan Anna ke Malaysia mempamerkan hidangan tempatan terbaik dengan bantuan pemenang Food Hero 2016, Ili Sulaiman. Mereka sempat menjamah Nasi Lemak Bungkus, Pulut Hitam dan Sambal. Anna kemudian mengolah apa yang dia sempat belajar bersama Ili kepada hidangan Shrimp & Coconut Risotto.

3

Anna selalu menekankan teknik, bahan-bahan, dan mereka yang mengajarnya, sementara mencari cara-cara baru untuk menggunakannya sebaik mungkin. Anna diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelbagai program televisyen masakan seperti Bake with Anna Olson, Sugar and Fresh with Anna Olson, semua sebelum ini disiarkan di AFC.

AFC juga menyiarkan episod rancangan ini secara langsung di laman webnya: http://ift.tt/2a7PJ0P.

1

The post Anna Olson Beri Inspirasi Masakan Melalui Program ‘Inspired with Anna Olson’ appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment