7 Cara Elak Muntah

Rasa mual pada awal kehamilan itu biasa. Selalunya, ibu hamil akan berhadapan dengan masalah ini sehingga kandungan mencecah usia empat bulan dan bagi sesetangah wanita, masalah ini berlanjutan sepanjang tempoh hamil. Berikut adalah 10 tip mengurangkan rasa mual anda pada waktu pagi :

Teenage Girl Feeling Unwell In Bathroom

  1. Banyakkan rehat.

Rasa mual akan menjadi lebih teruk sekiranya anda tertekan.Gunakan bantal khas untuk ibu hamil untuk mengampu punggung dan perut bagi memastikan anda tidur malam dengan lebih selesa.

  1. Makan sedikit tetapi kerap

Rasa mual akan bertambah sekiranya membiarkan perut anda kosong. Jadi, pastikan anda makan sekurang-kurangnya sejam atau dua jam sekali. Tidak perlu makan makanan berat cukup sekadar kudap-kudapan yang menyihatkan.

Pregnant Woman Eating Healthy Fruit Salad

  1. Lakukan pergerakan tubuh

Jangan habiskan masa anda dengan hanya berbaring. Ia akan hanya menjadikan badan anda terasa lesu dan tidak bermaya. Seeloknya buat sedikit pergerakan seperti berjalan-jalan di sekitar rumah. Pasti akan rasa lebih bertenaga.

pregnant woman relaxing and enjoying life in nature

  1. Minum jus

Untuk mengelakkan rasa mual, anda digalakkan mengambil jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.

  1. Asam dan buah kering

Anda juga digalakkan untuk makan buah pir atau epal hijau kerana ia dapat mengurangkan rasa mual. Kurma dan kismis juga elok diamalkan dan baik untu ibu serta bayi. Boleh juga jadikannya sebagai snek.

  1. Pisang dan kentang

Makan pisang dan kentang panggang sebagai sarapan pagi dapat membantu mencegah mual kerana ia mengandungi potasium yang tinggi.

  1. Pakaian

Baju yang ketat terutama di bahagian pinggang boleh meningkatkan lagi rasa mual. Jadi, pakailah pakaian mengandung yang selesa dan tidak ketat. Pilih fabrik yang sesuai supaya tidak mudah terasa panas dan menyerap peluh.

 

 

 

The post 7 Cara Elak Muntah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment