Utamakan Raya Pertama Di Rumah Isteri! – Tips Balik Raya Untuk Pengantin Baru

covervcraya

Orang kata, bila kita berkahwin dengan seseorang secara tak langsung kita ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali. Ada perkara yang kalau buat apa-apa keputusan, bukan sekadar fikir diri sendiri dan pasangan je, tapi kena fikir pasal mak ayah, bapa mertua, ibu mertua, ipar duai… Contohnya pasal nak balik beraya kampung siapa pada hari raya pertama.

Nampak macam senang, tapi sebenarnya kena pertimbangkan banyak benda sebelum buat keputusan nak beraya kampung suami atau isteri. Lagi-lagi yang kahwin orang jauh ni. Buatnya sorang kampung kat Johor, sorang lagi kat Kelantan… Tak ke susah nak decide raya kampung siapa kalau mak ayah dua-dua pihak masih ada?

Jangan risau, ada tips menarik untuk buat keputusan nak beraya kampung suami atau isteri yang dikongsikan oleh lelaki bernama Pak Utih ni. Berguna untuk pasangan yang baru berkahwin, tapi suami isteri yang selalu bertekak hal sama setiap tahun pun boleh praktikkan jugak! Selamat membaca.

Pertama Kali Berhari Raya Sebagai Suami Isteri…

pak utih family

Pasangan Pengantin Baru: Nak Raya Rumah Sapa Pertama Kali Ini?

Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.

Ada teknik tip untuk anda berdua membuat keputusan.

Utamakan Raya Pertama Di Rumah Isteri!

1. ” Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27

Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.

Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempoh 8 tahun sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya.

2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.

Susun Strategi Dan Berbincang!

sgh

Sekadar Gambar Hiasan

3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas.

4. Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampung suaminya.

5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampung isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.

Selamat berbincang.

Sumber: Pak Utih’s Page

The post Utamakan Raya Pertama Di Rumah Isteri! – Tips Balik Raya Untuk Pengantin Baru appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment