Tunang Layan Perempuan Lain Di Tempat Kerja, Gadis Ini Luah Rasa Geram

cheating2.1

Kata orang, bila dah bertunang ni dugaan makin hebat dan mencabar. Darah manis bak kata orang tua-tua. Kadangkala, bila dah bertunang ni kita akan jumpa yang lebih baik. Ada pulak tu bila dah bertunang, terjumpa dengan orang yang betul-betul menepati ciri yang dia nak. Haih, macam tu lah dugaan.

Tapi, bila dah tau seseorang tu tunangan orang, janganlah pulak kita kacau. Tak baik weh. Ibarat macam nak robohkan binaan masjid. Nabi pun tegah kita ganggu tunangan orang lain, tau. Kami kongsikan dengan korang kisah gadis ni. Apapun, bertabahlah dik…

Layan perempuan lain

WhyICheated2_0

Saya dilemma dan tak tau nk buat apa. Saya sudah bertunang tapi dalam masa yang sama tunang saya layan perempuan lain di tempat kerja dia.

Kira macam dorang berskandal dibelakang saya. Perempuan tu tau hubungan saya dan tunang sebelum kami bertunang lagi tapi masih tak tau malu mahu berhubungan dengan tunang saya.

Sudah berbuih mulut saya nasihat perempuan tu, saya marah dan warning tapi tetap juga dia kacau dan goda tunang saya.

Jumpa bapa perempuan tu

cheating_0

Saya ada terjumpa bapa perempuan tu dan saya minta tolong dia nasihat anak dia supaya tak kacau lagi tunang saya. Malangnya, perempuan tu masih juga kacau hubungan kami.

Apa function orang tua kalau dah tak boleh betulkan anak yang terang-terang buat salah kan sis? Semua saya dah buat, tapi semua tu macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Post gambar

Man-with-phone-in-bed-looking-at-woman-asleep

Perempuan tu langsung tiada hati perut dan dengan tak tahu malunya dia post gambar dia dan tunang saya di wechat dia dan mengaku itu cinta dia dengan caption love u sayang. Hati perempuan mana yang tak sakit bila perempuan ketiga kacau hubungan orangkan sis.

Saya nk minta pendapat semua. Apa yang patut saya buat dengan perempuan tu dan tunang saya? Sebab perempuan tu sudah tak tahu malu masih mengacau dan menggoda tunang saya ditempat kerja.

Pada kami, kalau lelaki tu tak layan maybe perempuan tu takkan berterusan macam tu. Takleh nak salahkan perempuan tu jugak, kan? Apapun, kena banyak sabar dan baiki hubungan balik. Dah nak dekat nak nikah tu, memang lagi besar dugaannya. Peringatan jugak buat korang yang nak bertunang, kahwin, atau bakal bertunang. Ok geng?

Sumber: Facebook Pesona Pengantin

 

The post Tunang Layan Perempuan Lain Di Tempat Kerja, Gadis Ini Luah Rasa Geram appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment