Tip Temani Isteri Shopping

Shopping memang menjadi kesukaan isteri tetapi tidak bagi kebanyakan suami. Tambahan pula Raya semakin dekat dan sudah tentu ramai yang terpaksa menemani isteri mereka membeli-belah keperluan untuk menyambut lebaran. Bagi si suami, menemani isteri membeli-belah adalah satu penderaan. Ini ada beberapa tip yang mungkin berguna untuk si suami:

shopping

  1. Persiapkan diri dengan kelengkapan yang cukup

Pastikan bateri telefon anda penuh. Power bank dicaj penuh dan jika anda suka membaca, bawalah bahan bacaan bersama. Anda pasti tidak akan berasa bosan jika dapat membuat perkara-perkara yang anda sukai sepanjang tempoh isteri sedang shopping.

Man in red texting on a mobile phone

  1. Bawa semua kelengkapan anak.

Apabila isteri anda sedang shopping, sudah tentulah anda perlu menjaga anak. Jadi, bagi mengelakkan anda merana, pastikan anda bawa kesemua keperluan untuk si anak seperti susu, lampin pakai buang, makanan dan paling penting stroller. Apa-apa terjadi kepada anak, anda harus atasi seorang diri kerana isteri anda sedang sibuk.

  1. Makan dan minum yang cukup sewaktu sahur.

Ingat, anda mungkin isteri anda akan membeli-belah sepanjang hari di beberapa tempat berbeza. Jadi, persiapkan diri anda dengan tenaga yang cukup. Caranya, sudah tentulah dengan makan dan minum yang cukup sewaktu bersahur. Jika tidak, anda mungkin akan keletihan dan kelaparan.

  1. Beri komen yang positif.

Isteri pasti akan bertanyakan pendapat anda. Jangan asyik memberikan jawapan yang selamat kerana itu tidak akan memuaskan hati isteri anda. Jika mahu balik rumah cepat, belajarlah untuk memberi komen yang pelbagai dan nampak bijak seperti: “Baju ini cantik tetapi potongan tak sesuai dengan awak…” atau “Kasut ini terlalu tinggi, cari yang bertumit rendah sedikit.”

  1. Cuba cari kawan.

Beri masa isteri anda shopping sepuas hati dan bagi mengelakkan bosan, carilah kawan yang senasib dengan anda. Sambil berehat-rehat di kerusi yang disediakan, ringankanlah mulut untuk bertegur sapa dengan rakan di sebelah. Selain dapat kawan baru, anda akan dapat pahala kerana menjalinkan silaturahim.

 

The post Tip Temani Isteri Shopping appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment