Snickers, salah satu jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia telah melancarkan Kempen Snickers Menghargai sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang tidak dapat berbuka puasa pada waktunya kerana tuntutan kerja.
Kempen Snickers Menghargai menarik perhatian masyarakat agar menghargai mereka yang menjalankan tanggungjawab dek tuntutan kerja serta mengutamakan orang lain ketika bertugas. Dengan kempen ini, Snickers ingin mengingatkan orang ramai agar memberi penghargaan kepada mereka yang bekerja keras tetapi tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga masing-masing sepanjang bulan Ramadan, khususnya mereka dalam pekerjaan yang terpaksa menangguhkan berbuka puasa kerana tanggungjawab kerja.
Untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka yang terpaksa menangguhkan berbuka puasa kerana bekerja pada bulan Ramadan ini, Snickers telah menghasilkan sebuah video menyentuh hati sebagai satu penghargaan. Video ini menceritakan kisah Mat Nor Harun, kakitangan PLUS Ronda yang bertugas selama 18 tahun dan pengalamannya bekerja sambil menjaga isteri yang sakit selain bersama keluarga untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.
Bagi Mat Nor, 53 dia sudah banyak kali bertangguh untuk berbuka puasa apabila perlu membantu pengguna jalan raya untuk memperbaiki kenderaan yang mengalami kerosakan atau menyediakan perkhidmatan tunda ke plaza tol yang terdekat. Dia bekerja selama lapan jam setiap hari dengan aliran trafik tinggi khususnya ketika waktu puncak pada bulan Ramadan apabila pengguna jalan raya berebut pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga. Mat Nor tetap menjalankan tugasnya untuk membantu pengguna jalan raya dengan kenderaan yang tersadai di lebuhraya atau mengawal lalu lintas sekiranya berlaku kemalangan jalan raya. Mengutamakan tanggungjawabnya, dia akan berbuka puasa dengan air mineral dan buah kurma sebelum meneruskan rondaan di lebuhraya bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lebih selesa bagi semua pengguna lebuh raya.
Untuk membaca lebih banyak cerita yang memberikan inspirasi dan pengalaman mereka, sila layari laman Facebook Snickers Malaysia: http://ift.tt/1U3pu93.
Sempena Kempen Snickers Menghargai, orang ramai digalakkan berkongsi cerita kreatif mengenai seseorang individu penting dalam hidup mereka yang wajar diberi penghargaan, di laman Facebook Snickers Malaysia. Snickers akan memilih tiga pemenang bagi cerita paling menarik dan menambat hati setiap minggu. Setiap pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM200.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman Facebook Snickers Malaysia di http://ift.tt/1U3pu93.
The post Snickers Hargai Mereka yang Bertugas Kala Ramadan appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment