SHAHIR YANG PATUT BUKA MULUT KERANA DIA LELAKI – ERRA FAZIRA

catsPelakon Erra Fazira mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shahir AF8 selepas Shahir membuka mulut mengenai perhubungan mereka.

Namun, Erra Fazira menafikan dakwaan yang menyatakan mereka sudah mempunyai tarikh bagi melangsungkan hari bahagia mereka.

“Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.

“Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia. Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar.

“Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya,” katanya.

Mengakui, pihak keluarga Shahir sudah merestui perhubungan mereka, namun Erra berkata, belum ada perbincangan di pihak keluarganya.

“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya,” katanya.

Menafikan dirinya berdolak-dalik mengenai perhubungan mereka, Erra berkata, beliau hanya menafikan mengenai tarikh penyatuan mereka selepas hari raya ini seperti yang didakwa. [sumber: BH Online]

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment