Sehari selepas pelakon Erra Fazira menafikan gosip bakal bertunang Shahir AF8, bekas juara Akademi Fantasia itu tampil memberi kenyataan berbeza.
Tanpa menidakkan atau mengiyakan gosip yang bertebaran, Shahir mendedahkan sudah sampai masanya dia mengambil pendekatan terbuka mengenai soal hubungannya dengan Erra. Lantas, mengambil tanggungjawab sebagai lelaki paling rapat di hati bintang jelita itu,
Shahir memberitahu, dia mengharapkan doa yang baik agar apa yang dimahukan dalam konteks hubungannya dengan Erra, berakhir dengan penamat indah.
“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja… Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota,
“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. “Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya.
Ditanya apakah mereka bakal berkahwin tahun ini, Shahir hanya mampu berserah. Saya hanya mampu serah pada Tuhan. Insya-Allah. Doa yang baik saja saya harapkan,” katanya kepada BH Online.
0 comments :
Post a Comment