Pelakon Zain Saidin berkata, dia sudah mempersiapkan pakaian Hari Raya pada tahun ini sebanyak 110 pasang untuk mereka tiga beranak.
Zain memberitahu, pakaian untuk dia dan isteri iaitu Rozita Che Wan setiap seorang ialah 30 pasang manakala anak mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.
“Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya,” katanya.
Tambah Zain, isterinya lebih teruja untuk mempersiapkan pakaian raya untuk anak mereka yang kini berusia dua tahun dan jumlahnya mungkin lebih daripada 50 pasang.
“Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” kata Zain.
Menurut Zain, pakaian Hari Rayanya pada tahun ini adalah daripada koleksi sendiri iaitu Ketak by ZainSaidin.
Mengenai sambutan Syawal tahun ini pula Zain berkata, mereka akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada Hari Raya kedua.
0 comments :
Post a Comment