Khas untuk anda, newbies yang mahu berjinak di dapur ataupun menantu baru yang mahu mencuba masak rendang untuk Aidilfitri ini. Yelah, beraya di rumah mentua, mestilah kena tahu resipi rendang kan!
Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk memasak rendang. Jelita kongsikan dua jenis resipi rendang yang popular dan sangat mudah untuk disediakan. Orang cakap, resipi memikat mentua.
Rendang Ayam
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor – bersihkan dan buang kulit dan lemak.
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Kisar
Bawang besar 10 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia lebih kurang 2 inci,
Lengkuas
Serai 4 batang,
Cili kering
Bahan lain
Santan segar sebiji, gula Melaka / gula perang, asam keping, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
Cara Penyediaan:
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng tetapi jangan sampai terlalu garing.
Kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, mendidih dan naik baunya.
Masukkan santan segar dan kacau sekali sekala dan biarkan sebati dan mendidih dalam 15 minit.
Masukkan 1-2 asam keping, dua senduk gula perang atau 1/3 gula Melaka.
Selepas dikacau, masukkan kerisik dan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan ayam goreng tadi dan gaul sehingga rata.
Kecilkan api dan tabur hirisan limau purut dan daun kunyit.
Biarkan rendang anda di dalam kuali dengan api kecil selama 3-4 jam.
Rendang Dendeng Daging
Daging sekilo – bersihkan , potong saiz 3 jari, rebus dan tumbuk daging satu-persatu dengan batu lesung. Air rebusan tadi jangan dibuang okay!
Daging yang ditumbuk tadi, gaul dengan kicap pekat manis dan goreng seketika dalam 2 minit.
Bahan Hiasan
4-5 biji saiz sederhana bawang merah (dimayang halus)
6 ulas bawang putih (diketuk dan hiris halus)
2 inchi halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan Lain-Lain
1 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Daun limau purut – dihiris
3 batang serai – diketuk
Satu cawan kecil air asam jawa
Cili kisar – 4-5 sudu
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan goreng ‘bahan hiasan’ sehingga keemasan, angkat dan toskan.
Kemudian goreng ‘Bahan lain-lain’ sehingga pecah minyak dan sedikit garing iaitu daun limau purut, serai, dan cili kisar Masukkan gula dan garam mengikut citarasa.
Kemudian masukkan kicap manis bersama pes asam jawa dan tambahkan air rebusan daging tadi sekitar 5 senduk.
Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Tutup sehingga air tersebut kering sedikit dan seterusnya masukkan separuh ‘bahan hiasan’ yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.
Jika rendang dendeng kering, boleh tambahkan air rebusan daging dan sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula. Akhir sekali taburkan separuh lagi bahan hiasan.
Foto: 123rf.com
The post Resipi Memikat Mentua Di Aidilfitri appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment