Oleh : Khairul Abidin
Gambar : TPGimages
Sama ada memotong atau mendandan rambut, kedua-duanya sering mencetus tanda soal besar pada setiap wanita. Mereka kadang-kadang keliru mana satu yang complement bentuk wajah mereka.
Yang pastinya, rata-rata perempuan yang saya jumpa mereka mahu potongan atau dandanan yang tidak menampakkan bentuk wajah mereka nampak bulat atau tembam. Jadi mana yang sesuai untuk anda? Teruskan membaca.
Wajah Bulat
Kristen Dunst
Rambut belah tepi paling sesuai. Lebih dalam belahan rambut, lebih jelas efek wajah runcing yang mahu dicipta. Potongan rambut berlapis-lapis (layered) boleh digayakan, namun usah berlebih-lebih.
Wajah Empat Segi
Keira Knightley
Gaya rambut belah tepi paling sajak dengan wajah anda, tapi pastikan usah terlalu tepi kerana ia membuat bentuk muka tampak lebih maskulin. Belahan selari dengan bola mata paling sesuai dan seeloknya menutup sedikit bahagian dahi, jadi raut wajah nampak lebih lembut.
Wajah Bentuk Hati
Reese Witherspoon
Sama seperti untuk anda yang berwajah empat segi, gaya belahan tepi paling sesuai untuk anda yang dikurniakan bentuk wajah bentuk hati. Tutup sedikit bahagian muka dengan rambut supaya buah pipi dapat dilembutkan.
Wajah Lonjong
Alexa Chung
Ada dua pilihan, pertama ialah belah tengah. Namun potongan rambut mestilah dalam gaya potongan layered kerana anda mahu ‘menaikkan’ tulang pipi supaya muka tidak nampak flat. Kedua, anda disarankan membuat potongan fringe untuk memendekkan sedikit bentuk wajah.
Wajah Bujur
Karlie Kloss
Anda bertuah kerana belah tepi atau tengah, kedua-duanya sesuai. Anda bebas bereksperimen dan setiap gaya menonjolkan karakter berbeza. Tapi andai ditanya, saya sarankan gaya rambut yang dibelah tengah. Gaya begini punya ciri-ciri klasik dan moden. Cukup timeless. Fringe juga salah satu alternatif untuk menyerlahkan lagi bentuk wajah anda.
The post Rambut Belah Tengah atau Belah Tepi? appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment