LUAHAN SAYU MENYENTUH HATI TIARA SEMPENA HARI LAHIR HANI MOHSIN

UntitledSempena ulang tahun kelahiran bekas suaminya semalam, Puan Sri Tiara Jacquelina menulis coretan menyentuh perasaan di laman Instagram miliknya.

Pelakon, Hani Mohsin, dilahirkan pada 18 Jun 1965 dan kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2006, akibat serangan jantung.

“Hari ini, 18 Jun, hari lahir seorang insan istimewa yang pernah berkongsi hidup dengan saya selama lima tahun. Sayangnya, sudah 10 tahun beliau meninggalkan kami.

“Buat Mohsin tersayang, saya sentiasa berdoa kamu akan terus damai di syurga bersama bapa, ibu dan abangmu. Terima kasih kerana membimbing saya mengenali agama Islam, terima kasih untuk persahabatan dan kasih sayang yang pernah kita lalui suatu ketika dulu.

“Al-Fatihah untuk Hani Mohsin, terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakannya. Selamat hari lahir,” tulis aktres yang turut bergelar produser itu.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment