Kedai Makan Di Korea Ini ‘Port’ Wajib Singgah Rakyat Malaysia Namun Hakikatnya…Fuh Loya Tekak!

gosamiohbulan

Antara salah satu masalah apabila melancong ke luar negara ialah kesukaran untuk mendapatkan makanan yang halal. Memang susah, lagi-lagi jika berkunjung ke negara yang mempunyai populasi penduk Islam yang sedikit.

Tidak mahu rakyat Malaysia terus terpedaya dengan sebuah restoran yang sebenarnya menyediakan hidangan babi namun menafikannya apabila ditanya rakyat Malaysia, wanita ini ambil inisiatif untuk membongkarnya sendiri.

Katanya ramai rakyat Malaysia singgah ke kedai ini jika berkunjung ke Korea. Artis-artis pun ada!

Sangat famous, orang Malaysia ramai datang

e3

* PERHATIAN!! PERHATIAN!! – GOSAMI ???, GRILED FISH SINCHON,SEOUL *

Disini aku nk share sikit info penting mengenai status Restoran Gosami Ikan Bakar yg terletak di Sinchon, Seoul. Restoran ni tersgtlah famous dikalangan org Malaysia especially Muslim yg dtg ke Seoul, sampaikan artis Malaysia pun ada yg mai makan kat sini siap letak autograph lagi hokies!

Aku tgk ramai juga org Malaysia yg duk share di Blog dan FB pasal Gosami ikan bakar ni. Antara restoran yg wajib korg kena try bila dah sampai ke Korea. Kononnya sedap dan Halal (tak serve pork, Only seafood). Review pasal restoran ni memg deboom la (nora bagi 5 bintang). Semua puji sedap dan ada yg sampai 2-3 kali mai pulun makan lagi. Punya laa sedapp kan.

Disebabkan punya la sedap dan punya la famous. Aku pun gigih cari info pasal Restoran Gosami ni. Aku tanya kwn2 korea aku yg kat sini, semua ckp tak tau dan siap cakap restoran ni tak famous pun. Huh. Okay tak famous bagi local people tapi tersgt famous bagi Malaysian people. Fuhh confused aku dibuatnya.

Nafi ada babi, tapi sebenarnya…

e4

Aku dapat info yg restoran ni sebenarnya ada serve pork dan ada yg berkeras juga ckp tak ada pork, seafood sahaja. Jawapan2 yg aku dapat bila ditnya psl isu ini,

1. “Mana ada pork, kat sini serve seafood sahaja.”

2. “Kami dah p mkn banyak kali dan dah tanya owner restoran sndri pun. Owner cakap seafood sahaja dan Halal”

3. “Ramai org Malaysia yg dah pegi makan. Tak ade mslh apa pun”

4. “Kat blog dan FB ramai yg share kata Gosami okay org muslim boleh makan.”

5. “Artis Malaysia ada pegi makan jugak, tak percaya boleh pegi sendiri tgk. Ada poster dan autograph artis Malaysia.”

Utk dptkan kepastian psl isu Restoran ni. Aku decided utk pergi sndri ke Gosami dan dptkan kebenaran yg sebenarnya. Aku ajak kwn2 korea aku p sekali so tak de la tauke dia nak syak apa2. Sblm smpi restoran aku dh briefing siap2 dah kt kwn2 aku ni apa dorg kena order dan tnya bila smpi sana. Sampai je kat Gosami, kwn2 aku ni pun bedesup la ckp Korea tnya menu semua. Yg ambl order pun senyum dan bersungguh explain menu2 yg ada. Dia x tau yg aku ni Muslim. Huh

Harap tak diperbodohkan lagi

e2

Aku dah dpt jawapan utk isu status Restoran Gosami Ikan Bakar Sinchon yg korg duk kata sedap, lazat dan Halal (not serve pork). Utk pengetahuan semua Restoran Gosami Ikan Bakar ni memg ada SERVE PORK atau dlm bahasa kasarnya “hidangan Babi”. Aku sendri terkejut bila tgk hidangan tu sampai depan mata. Yg paling aku kesian dan sedih time tu ada satu kumpulan org malaysia yg dtg berbuka puasa kat situ.

Niat aku kat sini bukanlah nak menjahanamkan atau nk rosakkan business org. Tujuan aku share dan dedahkan hal ni adalah utk selamatkan org Muslim. Tak nak ada yg terpedaya dan tertipu lagi dgn info2 dari blog atau FB yg tak betul. Haram bagi org Islam utk makan direstoran yg ada sediakan hidangan babi. Dorg gunakan dapur dan alatan yg sama utk masak babi tu so korg bayangkanlah sndri.

Aku harap dgn info ni tak ade lagi Org Muslim yg dperbodohkan oleh owner restoran tu. Owner bila tgk org Malaysia atau muslim dtg memg dia akan cakap x de pork, seafood only. Korg kena paham dia buat business mesti nak untungkan dan dia x akan rasa besalah pun sebab tu strategi business dia dan dia bukan Muslim. Ape nak kesah sgt.

Sebagai bukti kat sini aku sertakan sekali dgn gambar yg aku ambil kat Gosami. Bagi yg nak share silakan. Salam Ramadhan.

Sumber : Bella Azemi

The post Kedai Makan Di Korea Ini ‘Port’ Wajib Singgah Rakyat Malaysia Namun Hakikatnya…Fuh Loya Tekak! appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment