Oleh : Farhana Fuad
Gambar : shutterstock
Kardigan adalah satu item fesyen yang sering menjadi penyelamat!
Buat wanita, pastinya pernah satu masa anda buntu menggali idea untuk stail harian. Adanya sehingga mengulang semula helaian yang sama berulang kali dalam masa seminggu hinggakan orang sekeliling fikir anda tidak berganti baju.
Selain jaket, sebenarnya anda boleh bereksperimen gaya dengan kardigan. Hendak dibandingkan dengan jaket, kardigan tampak lebih santai dan ‘ringan’. Kardigan juga hadir dalam pelbagai gaya, dan hari ini pelbagai jenama juga sudah mempelbagaikan fabriknya.
Dan sebagai perkongsian idea, EH! bariskan beberapa cara untuk anda cuba dalam mencipta gaya nan pelbagai hanya dengan menggayakan kardigan.
Mengenakan kardigan bersama tali pinggang.
Gambar : www.asos.com
Ada kala kardigan kelihatan bosan dan membuatkan tubuh tampak tidak langsing sama sekali. Jadi, cuba sempurnakan gaya ini dengan lilitan tali pinggang. Tali pinggang dalam rekaan halus misalnya sesuai untuk dipakai pada bahagian pinggang kardigan sekaligus mencipta efek tubuhhourglass. Gayakan dengan skirt pensel untuk stail klasik korporat.
Tambah skarf.
Gambar : viva.co.nz
Cara simple untuk gayakan kardigan dengan lebih versatil adalah menyuai padankannya bersama sehelai skarf. Skarf yang mempunyai rona, corak dan ikatan yang stail boleh menaikkan gaya harian anda lebih menawan. Gunakan skarf tebal kala musim sejuk atau hujan atau tambah skarf material sutera serta digayakan berjurai di bahagian leher untuk tampil lebih chic.
Ya! Hakikatnya memakai kardigan terbalik (bahagian belakang dan hadapan) akan buat gaya anda lebih cool. Jika anda seorang yang mengikuti aliran fesyen, Marc Jacobs pernah membawa stail ini kala di pentas peragaan koleksinya pada musim luruh 2010. Ia sememangnya gaya jalanan yang cukup versatil dan unik! Padankan bersama tank top plain yang juga dipakai terbalik untuk sexy back!
Gaya ikatan simpul kardigan di bahagian pinggang sememangnya sudah menjadi satu trend untuk tampil kelainan dengan kardigan. Gaya ini buatkan si pemakai tampak cool off-duty serta merta.
The post Instant Stylish : Kardigan Jadi Penyelamat appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment