Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Sertai & Menang!
Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:
Dapatkan Jelita edisi Julai 2016 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan
Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ
One Drop Perfumes, nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat tegar minyak wangi tanpa alkohol di Malaysia, menyediakan platform terbaik dengan menawarkan lebih daripada 100 wangian berbeza. Yang pastinya, anda tidak akan berasa kecewa kerana setiap wangian ini adalah berinspirasikan wangian berjenama di peringkat antarabangsa dan ditawarkan dengan harga mampu milik. Ini memberi peluang kepada penggemar minyak wangi untuk mencuba pesona minyak wangi dengan harga yang lebih berbaloi, berkualiti dan tahan lama.
Berbeza dengan produknya sebelum ini yang didatangkan dalam botol roll on, rangkaian wangian semburan ini adalah satu lagi inovasi buat semua penggemar minyak wangi tanpa alkohol. Didatangkan dalam isian 30ml dengan haruman yang
Selak halaman 167 untuk sertai menggunakan borang.
tahan sehingga 12 jam dan pasti mampu memikat deria anda. Ia juga adalah satu-satunya wangian semburan tanpa alkohol pertama di dunia serta didatangkan dalam haruman persis jenama antarabangsa.
Serlahkan persona dirimu dengan One Drop Perfumes…
One Drop Perfumes…Hanya Setitik Wangi Sepanjang Hari
Wangian wanita Olympéa keluaran Paco Rabanne ini melambangkan
kekuatan, kuasa dan godaan. Diilhamkan oleh Loc Dong, Anne Flipo
dan Dominique Ropian, wangian yang memukau ini mempunyai
ciri segar oriental yang memberi ketenangan kepada si pemakai.
Reka bentuk botol ini telah dicipta Marc Ange, seorang pereka berasal dari
Rome. Sayap kemenangan pada botol dan warna merah jambu serta putih
mempamerkan watak Olympéa yang gagah, suci dan feminin. Alamilah
keterujaan mengenakan wangian yang elegan dan eksklusif ini
Produk Absolute Pearl daripada [comfort zone] mengembalikan keremajaan dan mencerahkan kulit. Ia mengawal pengeluaran melanin dan mengehadkan transformasinya ke lapisan epidermis kulit yang
lebih dalam. Produk ini juga dapat membantu masalah kekusaman dan tona kulit yang tidak sekata. Dihasilkan dengan serbuk mutiara yang tidak diragui lagi keberkesanannya untuk mencerahkan dan memberi cahaya kepada kulit. Tekstur yang lembut dan ringan serta tidak melekit memberi keselesaan
kepada anda ketika memakainya. Yang paling penting, kulit anda dapat diperbaharui dan pengeluaran melanin dapatdistabilkan dengan lebih baik.
Cuaca yang tidak menentu menyebabkan kulit mengalami kekeringan dan
kerosakan. Rangkaian produk terbaru daripada Jurlique, Activating Water
Essence berupaya mengembalikan kelembapan, memulih dan melembutkan
kulit. Gunakan produk ini dan anda dapat merasai kesannya dalam masa
14 hari. Di samping itu, kulit akan terasa ringan dan lembut bak sutera, malah ia juga
memberikan penghidratan agar kulit sentiasa tampak sihat dan segar. Dengan bahan
utama, ekstrak akar Marshmallow ia mampu menghidrat kulit anda secara mendalam
sambil meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit.
Apabila usia anda mencecah pertengahan 20-an, kolagen yang dihasilkan secara semula
jadi di bahagian dermis kulit mula berkurangan. Akibatnya, kedutan di kulit akan kelihatan, kurang anjal dan tidak bermaya. Dapatkan penyelesaian yang efektif dengan set Belif Anti-wrinkle baharu bertindak merangsang ke kolagen selain mengunci kelembapan pada lapisan kulit. Hasilnya, kulit anda
akan menjadi lebih anjal, cerah dan muda remaja! Kembalikan keremajaan wajah anda dengan penggunaan set Anti-wrinkle daripada Belif ini. Selain mampu memudarkan garis halus di kulit, ia juga menggalakkan keanjalan dan ketegangan kepada kulit serta dapat mengurangkan tanda penuaan.
Physicians Formula melancarkan rangkaian cosmeceutical youth-boosting dengan formula yang unik dan berprestasi tinggi bagi membantu mengurangkan tanda penuaan, mengembalikan ketegangan dan keanjalan sambil membaikpulih kulit untuk jangka masa yang panjang. Rangkaian produk ini juga mengandungi SPF15 untuk membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya dan menghalang bintik baru atau perubahan warna kulit daripada terjadi. Ia juga boleh menjadikan kulit kelihatan sehingga 10 tahun lebih muda.
The post Hadiah Hebat Jelita – Julai 2016 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment