Beberapa hari lalu viral di media sosial gara-gara tindakan seorang lelaki yang menggunakan Facebook miliknya untuk mencari jodoh. Pelbagai respon diterima, ada yang mendoakan yang terbaik namun ada juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai over atau desperate.
Artikel Berkaitan : Mak Mula Tanya Tentang Kahwin, Cara Lelaki Ini Cari Jodoh Viral & Dah 5k Shares Di FB
Nampaknya lelaki tersebut tak keseorangan. Terbaru giliran gadis ini pula yang cuba cari jodoh diri menerusi Facebook miliknya.
Tak tahu la memang betul-betul cari jodoh atau tak. Mungkin saja nak memparodikan post lelaki terbabit kot. Ada yang berkenan ke?
Kenalkan diri
Assalamualaikum.. tak pernah tulis macam ni..(Siyes malu tp mahu)hikhikss
tapi..Mak ayah tak tanya pn..tp jodoh tak dtg bergolek klu tak berusaha kn..izinkan sy perkenalkan diri dlu yaa…
Nama: Nor Amirah
Umur: 25 Tahun
Asal: Batu 16, Melaka
Anak keempat
Diploma pengurusan rumah tangga,USA (Universiti Suka Ati)Bukan graduan US, bkn UK, semua.. Last sekolah ekonomi rumah tangga je..Akan sambung pengajian Master rumah tangga dgn somi.. Sebab tu nak kahwin cpt..kikikihh
Kerjaya Part Time : Conteng2 muka org & online business.
Cita cita: Nk jd bidadari syurga
Orang luar Melaka dialukan
Skrg cuma kerja cuci tingkap bangunan saja. Boleh memasak apa saja tp mst ade buku resepi. Boleh menjahit & bertukang juga
Sedia mendirikan rumah tangga, hujung tahun ni atau awal tahun depan InshaAllah. Sebab nak mendirikan rumah tangga?
Nk cari org yg boleh membimbing sy ke arah yg lebih baik dgn KONSISTEN (sbb sy kdg2 betul kdg2 tak)
Ciri yang dicari:
Umur 26 ~ 32 (umur atas sy bwh2 tak mau). Tak blaja tggi tak pe janji RAJIN
Sedia nikah & pikul tanggujawab. Seorg yg tinggi sifat sabar. Seorg yg tak panas baran (tp jgn lurus bendul sgt)
Klu xkaya xdpt bg hantaran MINI COOPER pn xpe..nk mntak RANGE ROVER evoque kang kata melampau nau plak tp tak pe itu semua duniaa (janji jgn susahkn hidup sy lpas kwen sudah cukup)
Orang lua melaka dialu-alukan. (sbb sy suka jauh, raya nanti bleh balik kg, sbb kg sy blakang rumah jr, tapi kalau dkt takperr sy okay jerr)
Berurusan dengan mak
Boleh terima saya baik,buruk, hodoh, gile, otak senget, angin monsun kdg2 dan sama sama perbaiki diri kearah lebih baik.. sy sedia jadi makmum awak..
Mak ayah saya sedia jumpa awk..Kalau nak kenal lebih lanjut, boleh jumpa tp isi borang dlu leh download file mntak kt wsap mak sy.. Nti tgk watak sy tu serasi ke tak…
Baru lah boleh ke next step…Kalau tak nak berhubungan terus dengan saya..Ni mak saya:
Nanti sy suh mak sy kenalkan bg pihak sy yaa….Semoga Allah permudahkan..
P/s: selebihnya istikharah & sy bg mak sy pilih.. mana yg kenan =)
P/s : sy juga sertakan gmb sy tanpa makeup..nti kata gmb 360 pulakSekian,terima kasih
Macam-macam cara sekarang ni nak cari jodoh. Yang mana berkenan tu boleh lah terus add mak cik akak ni. Mana tahu sangkut, jodoh tak datang bergolek ye dak?
Sumber : Mell Ker
The post Giliran Gadis Ini Pula ‘Cuba Nasib’ Selepas Post Lelaki Cari Jodoh Di FB Viral…Berkenan Tak? appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment