Foto: INGimage
Memiliki masalah selulit tidak semestinya disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Malah, orang kurus juga boleh memiliki masalah ini. Tentunya ramai yang berputus asa untuk mencari jalan untuk hilangkan selulit ini dan masih mencari cara terbaik atasinya.
Menghadapi masalah selulit boleh menjadi perkara biasa buat wanita dan lelaki. Lebih-lebih lagi jika diwarisi apabila ada ahli keluarga yang memilikinya, anda juga berisiko menghidapi masalah ini. Faktor lain yang boleh menyebabkannya adalah:
- Metabolisma rendah
- Kurang aktiviti fizikal
- Perubahan hormon
- Kekurangan air
Terdapat beberapa cara untuk merawat masalah selulit ini, antaranya:
Krim Selulit
Krim ini dikhabarkan mampu melarutkan lemak dan melembutkan kulit. Namun kebanyakkan krim selulit yang ada di pasaran mengandungi aminofilina (bahan kimia yang terdapat dalam ubat untuk merawat penyakit lelah. Sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan keberhasilannya. Anda mungkin boleh mencuba menggunakan Bio Oil, RMxx
Bersenam
Selulit bukan mudah untuk dihilangkan, jadi anda perlu melakukan aktiviti sihat dan menjaga pemakanan secara berterusan. Antara senaman yang anda boleh lakukan adalah seperti berjalan, berjoging, ke gim, membengkokkan lutut semasa berdiri, mengangkat kaki semasa meniarap dan lain-lain lagi.
Diet Seimbang
Jaga pemakanan anda kerana ia adalah penyumbang besar dalam membentuk lebih banyak selulit. Kurangkan makanan bergaram kerana ini akan membuatkan sel lemak mengembang dan menjadikan ia lebih jelas kelihatan di permukaan kulit terutama di kawasan selulit bermaharajalela.
Skrub
Rajin-rajinlah menggunakan skrub setiap kali anda mandi. Ia secara tidak langsung bertindak sebagai pelancar darah dalam tubuh dan menghilangkan sisa noda pada kulit yang akan lebih pantas memperbaharui. Ia menggalakan penyaluran lympathic agar lebih lancar merembes toksin dalam badan dan mengurangkan lapisan lemak yang tidak diperlukan pada kawasan selulit terbentuk.
The post Cara Mudah Hilangkan Selulit appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment