8 Tip Kulit Glowing Menjelang Raya

Oleh : Izzati Saadin

 

 

 shutterstock_158635307

Gambar : shutterstock

 

Bertuahlah sepanjang Ramadan ini selain dapat mengutip pahala dan beristiqamah,kulit dan badan anda juga kekal sihat kerana berpuasa ini dapat detoks badan anda daripada toksin. Namun untuk memiliki kulit yang lebih cantik dan bersinar ikut langkah di bawah, anda akan dapati hasil yang menakjubkan di pagi raya nanti.

 

Sapu krim SPF

Ya, kami faham sangat anda sudah mendengar nasihat ini berkali-kali, tapi anda tidak buat bukan? jangan malas, lakukannya sekarang! Kerana pemakaian krim SPF adalah kunci kepada anti-penuaan.

 

Makan kacang campuran (mixed nuts)

Sedang membuat biskut raya dengan brownies tu, ambil sikit bahan-bahan seperti kacang walnut macademia dan makan ketika berbuka. Walnut yang kaya dengan omega-3 asid lemak ini berupaya mengurangkan keradangan kulit dan jerawat. Kacang macademia pula tinggi dengan minyak dan asid lemak yang berkualiti yang mana mampu merawat dan meremajakan kulit.

 

Mula gunakan serum

Serum sebenarnya dua kali ganda lebih efektif daripada losen atau krim, malah hanya dengan jumlah yang sedikit anda boleh lihat kesannya. Cari serum yang anti-oksida dan kaya dengan kolagen, ia membuat kulit anda segar dan anjal serta merta.

 

Bersihkan skrin telefon anda

Mengikut kajian Universiti Stanford, telefon pintar yang tidak lekang di jari anda itu mempunyai lebih banyak bakteria daripada tempat duduk di tandas awam. Malah skrin telefon anda mampu menyebarkan virus lebih pantas daripada anda bersin di hadapan muka seseorang. Jadi akibat bakteria dan virus ini kulit anda di bahagian rahang dan pipi akan sentiasa disinggahi jerawat dan mengakibatkan iritasi. Gunakan wipes anti-bakteria dan cucilah selalu!

 

Kurangkan susu

Produk tenusu yang walaupun organik mengandungi hormon lembu yang mana berupaya mengaktifkan kelenjar minyak dan pori-pori anda lantas menyebabkan jerawat. Jika anda inginkan juga susu dalam secawan kopi anda, gunakan skimmed milk.  Itu pilihan yang bagus.

 

Tidur Awal

Ada sebabnya mengapa tidur yang cukup dipanggil ‘beauty sleep’. Tidur yang sekejap akan membuat kulit anda tampak kusam dan pucat. Apabila tidur anda cukup pula ia akan merawat kulit anda menjadikannya cukup berseri keesokan hari.

 

Berbuka dengan tembikai

Menambahkan likopina yang terkandung di dalam buah yang menyegarkan ini dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat selaran dan kemerahan akibat selaran matahari.

 

Kurangkan mandian air panas

Air panas ada baik dan buruknya. Namun anda perlu tahu apabila anda kerap mandi air panas, pori-pori akan terbuka luas lantas menyebabkan lebih banyak kotoran masuk, malah air panas juga akan menyingkirkan minyak semula jadi kulit. Jadi apa yang terbaik, selepas mandian air suam (bukan air panas) bilas pula dengan air sejuk untuk menutup semula pori-pori dan menyegarkan kulit.

 

The post 8 Tip Kulit Glowing Menjelang Raya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment