Bila dah berkahwin setiap pasangan mesti mengharapkan cahaya mata untuk melengkapi sesebuah rumahtangga. Janggal rasanya bila sudah lama berkahwin tapi belum ada tanda-tanda nak ada anak. Masa tu mulalah saudara mara dan rakan-rakan tanya macam-macam.
Sama juga seperti yang dilalui lelaki ini, umur dah menjangkau 40an kahwin dah 10 tahun tapi belum ada anak. Sedih memanglah sedih tapi selepas cuba cara ni, Allah dah murahkan rezeki beliau dan sekarang ada dua anak. Apa cara tuu?
Umur dah 40an, kahwin dah dekat 10 tahun masih belum ada cahaya mata
(Sekadar gambar hiasan)
Beberapa tahun dulu, saya merasakan yang macam dah tak ada harapan untuk menjadi seorang bapa. Umur menjangkau 40an, kahwin dah dekat 10 tahun tetapi cahaya mata tak kunjung tiba.
Soalan bila nak dapat anak dah tak larat nak jawab sampai satu tahap orang pun dah tak nak tanya lagi. Seloroh atau gurauan kasar dari kawan-kawan kata yang saya tak pandai buat anak pun saya telan saja.
Namun Allah maha kaya. Dia tahu bila masa yang sesuai untuk diberikan sesuatu kepada hambanya. Dia tahu bila hambanya tadi sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Maka kini saya dianugerahkan 2 orang cahayamata bagi menambah kesibukan hari-hari saya. Alhamdulillah, saya sangat bahagia walaupun sibuk berkung-fu setiap hari dengan mereka berdua.
Bagi yang belum ada cahayamata, kool lah yer. Jangan sedih, sedih. Saya 10 tahun pun ok menunggu dan ada seorang hamba Allah yang saya kenal menunggu sampai 26 tahun. Dah macam bawak cucu berjalan-jalan jer, padahal bawa anak.
Tukar cara hidup, cara pemakanan dan banyakkan bersenam
(Sekadar gambar hiasan)
Jadi, kepada yang masih menunggu untuk bergelar bapa atau ibu, bersabarlah. Teruskan usaha dengan lebih gigih. Tukarkan sedikit cara hidup, cara pemakanan dan sebagainya agar diri lebih sihat dan hidup seharian lebih berkualiti bersama suami atau isteri.
Badan yang sihat dan hidup yang lebih berkualiti adalah salah satu kunci untuk mendapat cahayamata.
Seingat saya, kehidupan pada tahun pertama di Jerman telah mengubah cara hidup kami suami isteri. Tahap kesihatan kami jauh lebih baik setelah dibuat pemeriksaan doktor. Puncanya, ubah gaya hidup, gaya pemakanan dan banyakkan bersenam.
Bila badan sihat, kepala tak serabut, lebih banyak senyum dari bermasam maka kualiti hubungan suami isteri juga bertambah baik.
Cubalah, mana tahu kot-kot tahun depan korang yang sedang mencuba mendapatkan anak juga akan bergelar ibu ataupun bapa.
Hari ini agak istimewa buat semua para bapa. Peluk cium dari anak dan isteri tersayang sudah cukup untuk membuatkan hati kita mengembang besar seperti belon dan senyum sepanjang hari.
Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa di seluruh dunia. Moga-moga hari ini dapat makan lebih best dari biasa.
sumber: Khairul Abdullah
The post 10 Tahun Kahwin Baru Ada Anak, Lelaki Ini Nasihat Pasangan Berkahwin Ubah Cara Hidup appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment