Batik sutera adalah antara fabrik yang bernilai dan rumit untuk dijaga. Sutera adalah sejenis fabrik halus yang sensitif dan mudah luntur (sinar suteranya) jika tidak dijaga dengan baik.
Bagi peminat batik sutera, pengalaman menghabiskan ratusan bahkan ribuan ringgit bukan sesuatu yang mengejutkan lagi. Rekacorak batik sutera yang terhasil dari ketelitian, kehalusan, pengwarnaan, cuaca dan seni tangan pelukisnya akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Pengwarnaan keatas sutera batik berlaku dengan penyerapan warna ke dalam serat-serat benangnya. Ia berbeza dengan fabrik cetakan biasa yang berlaku dengan kaedah sebaran. Antara elemen penting yang perlu dititikberatkan semasa membasuh sutera batik adalah pH air, jenis sabun dan suhu air.
- Elakkan merendam sutera batik terlalu lama didalam air. Ini menyebabkan warna sutera tersebut cepat luntur. Tempoh masa yang terbaik adalalah 15-30 minit rendaman di dalam air suam (30-50 darjah C).
- Serbuk pencuci adalah punca ‘warna menjadi pudar dan luntur’. Sebagai alternatif, gunakan syampu bayi (3 sudu syampu : 1 baldi air).
- Jika anda mengamalkan basuhan tangan, elakkan penggunaan berus. Berus akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut.
- Elakkan mengguna peluntur. Agen peluntur akan mereputkan sutera.
- Selepas membasuh, bilas sutera batik anda samada menggunakan air yang sedikit berasid mahupun sedikit beralkali. pH yang terbaik adalah sekitar 6 – 8 pH. pH air yang betul dapat memastikan sutera anda menjadi lembut dan bersinar.
- Cuka dan limau adalah contoh-contoh sumber asid. Garam pula bersifat alkali. Ketiga-tiga bahan ini boleh digunakan untuk mengubah pH air bilasan. Nisbah yang baik adalah 1 sudu : 1 baldi air.
- Sebagai alternatif lebih mudah, pelembut kain boleh digunakan dan menjadikan sutera anda lebih lembut, bersinar .
The post Tip Jaga Kain Sutera Supaya Tahan Lama appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment