Sup Ayam Jagung [Sajian Jelita]

Mari belajar cara membuat Sup Ayam Jagung yang enak dan mampu menepati cita rasa sesiapa sahaja. Menu mudah ini bukan saja mudah dibuat malah berkhasiat. 

Sup Ayam Jagung

Bahan-bahan:
1 tin Cream of Chicken Soup
5 tin air
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1cm halia, ditumbuk halus
1 keping dada ayam, dicencang kasar
1 tin jagung (whole corn kernels), ditapis airnya
1 biji telur, diambil putihnya sahaja
3 sudu besar kicap masin
2 sudu kecil minyak bijan
2 daun bawang
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan Cream of Chicken Soup bersama air, kacau hingga sup sebati. Masak dengan api sederhana.
  2. Masukkan bawang putih, halia, ayam dan jagung. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan kicap dan minyak bijan. Sambil mengacau, masukkan telur putih perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan perasakan secukupnya.

Selamat menjamu selera!

*Resipi oleh Dr Ezani.

The post Sup Ayam Jagung [Sajian Jelita] appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment