Skrub Muka Secara Mudah dan Organik

Pengelupasan kulit perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi menanggalkan sel kulit mati agar wajah tampak cerah dan berseri.

Lapisan kulit baru terbentuk di bawah lapisan kulit yang sedia ada. Ketika ianya terbentuk, lapisan lama akan menjadi sel kulit mati dan ditolak ke luar lapisan kulit atau epidermis. Kulit mati ini akan menjadi kering dan jika tidak di skrub akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam, menjadi kasar, gelap dan seterusnya menimbulkan kedutan. Malah lebih teruk lagi, jerawat akan mula timbul akibat pori-pori wajah tersekat. Jelita berkongsi ramuan skrub organik yang murah dan mudah dilakukan di rumah. Tidak perlu lakukannya setiap hari, cukup sekadar sekali atau dua kali seminggu brgantung pada jenis kulit.

25272928_ml

Baking Soda

Baking soda adalah ramuan yang paling mudah dan murah. Pastikan anda menggunakan baking soda yang asli tanpa bahan pengawet. Caranya hanya campurkan sesudu makan baking soda bersama air perahan lemon ataupun susu segar dan gosok perlahan-lahan dimuka secara urutan. Biarkan selama dua hingga tiga minit dan bilas dengan air sejuk. Campuran lemon atau susu segar bersama baking soda mampu memutih dan membersihkan wajah anda.

15217591_ml

Oatmeal

Oatmeal bertindak membersihkan wajah dan menanggalkan sel kulit mati secara lembut. Sesuai digunakan untuk kulit sensitif. Oatmeal mampu meredakan kemerahan kulit serta eczema. Ambil segenggam serbuk oatmeal dan campurkan bersama susu segar. Usap pada kulit yang bersih dan lembap dan urut secara bulatan di wajah. Biarkan ianya kering selama 10 minit dan bilas dengan air dingin. Oatmeal bukan sahaja membersihkan wajah malah membuatkan kulit anda selembut sutera.

20335315_ml

Serbuk Kopi

Minum kopi lebih daripada tiga cawan sehari akan membuatkan anda mengalami hidrasi, namun ajaibnya jika digunakan untuk luaran, serbuk kopi mampu membersihkan kulit yang kasar dan kering. Campurkan serbuk kopi bersama dua sudu minyak organik seperti minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun dan lulurkan pada wajah dan badan. Proses ini melancarkan aliran darah, dan membuatkan kulit anda segar berbau harum. Pastikan serbuk daripada biji kopi Arabica bukannya instant coffee ya!

Anda sebenarnya boleh mencuba pelbagai kaedah pengelupasan kulit, yang penting menggunakan bahan organik. Contohnya seperti gula dan madu ataupun minyak kelapa dara. Malah anda juga harus kerap mencuci wajah dua kali sehari bagi menyegarkan kulit wajah. Selamat mencuba!

The post Skrub Muka Secara Mudah dan Organik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment