Gambar : Instagram Sherry Ibrahim
Selebriti yang mempunyai wajah anggun menawan ini ternyata sentiasa disenangi ramai. Hendak pula kini Sherry Ibrahim sudah pun tampil dengan penampilan terbarunya iaitu dengan berhijab sepenuhnya.
Bila bercakap soal stail dan kecantikan, Sherry menjelaskan dia tahu apa yang sesuai dan terbaik buat dirinya. EH! berkesempatan menemu ramah Sherry Ibrahim untuk berkongsi rahsia kecantikan yang dia amalkan.
Cara Sherry membelai kulit pada waktu malam?
Jika ada jerawat saya akan sapu tea tree oil pada jerawat. Sebelum itu mestilah cuci wajah dengan sempurna, penting untuk pastikan tiada kesan solekan. Dan adakalanya saya akan skip krim malam kerana mahu beri ruang kepada kulit untuk bernafas.
Fokus penjagaan kulit Sherry setiap hari?
Penghidratan. Saya mempunyai kulit yang kering, jadi penting untuk saya menggunakan produk yang boleh menghidratkan kulit dengan baik.
Rahsia anda untuk kekalkan badan dan kulit yang sihat?
Setiap minggu sekurang-kurangnya sekali saya mesti lulurkan badan. Saya suka lakukan Hammam. Dan sebelum tidur saya akan sapukan losen pada separuh badan dan adakalanya minyak argan.
Apakah tip paling penting kala bersolek?
Mesti ada air semburan wajah (face mist). Ia memesrakan asas solekan dengan kulit dan dalam masa yang sama ia menyegarkan wajah. Solekan juga tahan lebih lama.
Sherry mengamalkan sebarang diet?
Ya. Jika saya rasa berat badan naik, saya akan lakukan strict diet. Setiap pagi saya akan minum air kosong berserta lemon, dan saya akan makan satu jam selepas minuman pertama tadi. Saya lebihkan ikan, daging dan air soya. Biasanya ikan saya pilih yang kukus atau bakar. Pada waktu malam jika lapar saya akan makan kismis dan coklat, tapi sedikit sahaja, semata-mata mahu ada sedikit rasa manis kerana saya sukakan makanan manis.
The post Rahsia Cantik Sherry Ibrahim appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment