Desiran pasir pantai di tiup sang bayu. Deruan bunyi ombak menghempas ke tebing pantai. Itulah gambaran pulau idaman untuk anda lari sebentar dari kekecohan kota.
Namun pernahkah anda terfikir terdapat beberapa pulau yang dilarang untuk dilawati di dunia? Mengapa? Jelita dedahkan lima buah pulau yang diharamkan untuk dikunjungi.
Reunion Island
Terletak lebih kurang 150 kilometres selatan barat Mauritius, Pulau ini sangat berbahaya apatah lagi ianya adalah habitat tumpuan jerung liar. Penyelam dan kaki peluncur di tegah untuk tidak melakukan aktiviti air sejak tahun 2013 apabila mencatatkan jumlah kematian akibat serangan jerung yang tinggi. Pihak berkuasa telak meletakkan papan amaran untuk orang awam tidak mengunjungi pulau ini.
Pulau North Sentinel
Pulau yang dipenuhi hutan belantara ini terletak di kepulauan Andaman dan didiami oleh puak orang asli iaitu Sentinelese. Mereka menolak sebarang kemajuan dan tidak mahu berkomunikasi dengan dunia luar. Puak Sentinelese dipercayai adalah sekumpulan kaum yang masih tidak pernah menerima arus pemodenan dunia. Mereka juga menentang sekerasnya kehadiran manusia luar ke pulau itu. Kali terakhir kematian dilaporkan pada tahun 2006 di mana dua orang nelayan terdampar di pulau itu dan dibunuh dengan kejamnya oleh puak Sentinelese ini.
Pulau Ramree
Pulau milik negara Myanmar ini tercatat sebagai ‘Pulau Paling Bahaya Yang Di penuhi Haiwan Liar’ oleh Guinness World Records. Menurut sejarah dunia, ketika peperangan dunia ke-2, sekumpulan askar Jepun di arahkan bersembunyi di pulau ini. Namun ianya dipenuhi oleh buaya air masin selepas itu dan telah membaham sekurang-kurangnya 400 orang.
Ilha da Queimada
Ilha da Queimada, adalah pulau di Brazil yang dikenali sebagai Pulau Ular, didiami oleh hampir seribu ekor ular beracun dari jenis Golden Lancehead Vipers. Penduduk tempatan mempercayai terdapat nisbah lima ekor ular bagi setiap batu persegi. Askar Brazil telah melarang penduduk di sana untuk mengunjungi pulau itu.
Miyake-Jima
Pulau kecil ini terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif bernama Gunung Oyama. Kali terakhir ia meletus sekitar tahun 2000-2004 yang menyebabkan pulau itu musnah sehinggalah penduduk dibenarkan pulang ke situ pada tahun 2005. Selepas letusan itu, gunung berapi terbabit melepaskan gas sulfur dan penduduk terpaksa memakai topeng muka pada setiap masa. Penggera bunyi akan diaktifkan sebagai amaran kepada penduduk untuk memakai topeng muka apabila kualiti udara menurun akibat dipenuhi gas sulfur.
The post Pulau Berbahaya Di Dunia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment