[Menu Ramadan] Lobster Briyani Gam, Pince & Pints KL

Pince & Pints memperkenalkan menu terbaru iaitu Lobster Briyani Gam & Buzzy Bandung yang menyuntik elemen Melayu buat pencinta hidangan laut, udang kara.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, restoran Pince & Pints Kuala Lumpur dengan bangganya menarik minat orang ramai untuk mencuba hidangan terbaru mereka – Lobster Briyani Gam & Buzzy Bandung. Satu kombinasi yang tidak akan mengecewakan selera anda.

The mouth-watering Lobster Briyani Gam from Pince & Pints, paired perfectly with Buzzy Bandung

Keistimewaan hidangan ini terserlah melalui cara penyediaannya yang menyuntik kaedah dan resipi tradisi turun-temurun. Briyani Gam adalah hidangan Johor klasik yang mula diperkenalkan pada 1880 oleh Menteri Besar pertama Johor, Dato’ Jaafar Muhammad (datuk kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ke-3 Malaysia) – salah seorang daripada Pengarah Pince & Pints Kuala Lumpur adalah keturunan Dato’ Jaafar.

Terkenal dengan memperkenalkan masakan eksotik dan disesuaikan dengan selera tempatan, Dato’ Jaafar mempunyai tukang masak dari India yang memasak untuk keluarganya dan tinggal di kediaman “Bukit Senyum”. Tukang masak ini memperkenalkan briyani untuk isi rumah dan seterusnya kepada rakyat Johor.

IMG_6538

Lobster Briyani Gam di Pince & Pints mengambil resipi ini dan menyesuaikannya untuk mengeluarkan kesegaran dan kemanisan semulajadi udang kara. Rempahnya dibuat segar dari Johor menggunakan resipi yang sama. Hidangan ini dilengkapkan lagi dengan ubi kentang, telur rebus dan acar rampai, di samping enak disajikan dengan minuman Buzzy Bandung – diperbuat daripada sirap ros dan susu sejat dengan tambahan ice cream soda.

IMG_6533

Lobster Briyani Gam ini berharga RM178++ dengan jumlah yang terhad disediakan setiap hari. Buzzy Bandung disediakan secara ala carte dengan harga RM9.90++. Menu istimewa ini boleh anda dapatkan bermula 23 Mei – 17 Julai sahaja.

Pince & Pints Kuala Lumpur | Lokasi No 32, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru | Waktu Perniagaan Setiap hari, 5.30 petang – 11.30 malam (Isnin – Jumaat) & 11.30 pagi – 11.30 malam (Sabtu, Ahad & cuti umum) | Tempahan 03-22013233 / 017-8800871 | Info Lanjut http://ift.tt/2551iKP

The post [Menu Ramadan] Lobster Briyani Gam, Pince & Pints KL appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment