Lelaki Ini Meluat Dengan Perangai Keluarga Pesakit Yang Tersadai Di Kelas Ketiga Tapi Berlagak Macam…

nurse header 2

Tugas menjaga pesakit seperti yang dilakukan jururawat bukanlah satu tugas yang senang. Ini kerana meraka perlu berhadapan dengan kerenah dan emosi pesakit yang pelbagai saban hari. Mereka bukan sahaja bertugas untuk mengurus makan minum dan ubat-ubatan pesakit, malah bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebersihan pesakit.

Namun, masih juga kita dengar rungutan dari sesetengah orang yang tak berpuas hati dengan servis yang diberikan jururawat. Sebagai pesakit yang sering kali menghuni wad di hospital, lelaki ini meluahkan rasa geram kepada orang awam yang tidak tahu menghargai nurse. Katanya, jangan tahu komplen saja kalau anda tak berada di tempat pesakit!

Seawal 4.58pagi jururawat mulakan tugas termasuklah ‘basuh berak’ yang anak-anak pun keberatan nak buat.

Aku tak faham…

Kenapa sesetengah orang tak menghargai doktor, jururawat dan kakitangan wad… malahan kakitangan hospital yg bukan bertugas di wad (rawatan, penjagaan mahupun kecemasan) pun ramai yg tak faham2 selain banyak komplen yg menunjukkan kebebalan mereka.

Seawal 4:58 pagi, jururawat sudah mula bergerak dr satu katil2 ke satu katil. Mengambil bacaan BP, sampel darah, berat badan dan yang paling best sekali ialah ‘membasuh berak’! – tugasan yg dianggap remeh tapi ahli keluarga sendiri waimma yg paling pandai bercakap pun, agak keberatan utk melakukannya.

Ini pengalaman aku sebagai pemastautin tegar wad2 hospital kerajaan yg tersadai di kelas tiga tapi berlagak macam kelas satu…

Aku lihat, ramai yang melawat ibubapa pada waktu senggang dan cuti sahaja.

Aku melihat ramai yg bercakap pandai, kunjungannya ke hospital melawat ibu bapa sendiri hanyalah pada waktu senggang kerja dan lewat hati SABTU dan AHAD. Datang mereka hanyalah sebagai pelawat. Berhuha huha riuh bercerita bergelak tawa tapi kemudian menjerit memanggil jururawat kerana si pesakit terberak.

Aku melihat juga ramai pengkomplen yg berasakan kerajaan Malaysia terhutang budi kepada mereka dengan menyediakan tukang2 pemanja walhal bayaran yg mereka buat kpd hospital semaksimanya cuma RM500. Itupun boleh berhutang!

Aku lihat, ramai yang sibukkan diri mempersoalkan tanggungjawab orang lain.

Tapi yg paling banyak aku tengok, terlalu ramai yg sibukkan dan persoalkan tanggungjawab org lain sambil membayangkan neraka sebagai balasan kerana tidak memenuhi tanggungjawab dan amanah tetapi mereka sendiri tidak tahu beramanah dan bertanggungjawab.

Kepada si tegar spt aku, jururawat dan doktor adalah teman kami yg kengkadang jadi tempat kami bergurau mahupun meluahkan perasaan.

Terima kasih dari aku dan pesakit tegar yang lain kerana tak pernah letih menjaga kami.

Dan aku pernah mengalirkan air mata bila seorang jururawat berbisik ke telinga aku tatkala aku sedang bergelut antara nyawa dan nazak… “Jangan putus asa, pak cik. Lawan pakcik… saya masih nak jaga pakcik.” sambil dia membacakan ayat2 kalimah.

Terima kasih dr aku dan kawan2 sepesakit seperti aku kpd jururawat dan doktor yg tak pernah letih melayan kami… dr membasuh berak, mencuci luka mahupun menolak katil ke bilik HP.

YG TAK RETI BERSYUKUR JER YG BANYAK KOMPLEN.

sumber: Rosli Mohd. Sah

The post Lelaki Ini Meluat Dengan Perangai Keluarga Pesakit Yang Tersadai Di Kelas Ketiga Tapi Berlagak Macam… appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment