ISU LAPORAN POLIS DIBUAT FASHA SANDHA, JEJAI AKHIRNYA TAMPIL BERSUARA?

jejai-nafi-tuduhan-ganggu-fasha-sandhaBaru-baru ini pelakon Fasha Sandha dikatakan telah membuat laporan polis dan diakui oleh beliau sendiri. Tidak menjelaskan punca sebenar laporan itu dibuat, timbul desas-desus mengatakan Fasha membuat laporan tersebut kerana tidak tahan dengan sikap bekas suaminya, Jejai, yang dikatakan sering memasuki rumahnya tanpa kebenaran dan menganggu kehidupannya.

Tidak mengambil masa yang lama, Jejai akhirnya tampil menafikan segala tuduhan terhadap dirinya dan mengaku terkejut dengan berita tersiar, Jejai mempersoalkan kandungan laporan yang didakwa tidak benar dan memalukan dirinya.

“Setahu saya, Fasha tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Sebaliknya, dia menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

“Ingin saya tegaskan apa yang dilaporkan mengenai diri saya adalah tidak benar sama sekali. “Saya akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang memalukan saya,” katanya.

Enggan membiarkan kes itu berlarutan dan berpegang kepada prinsip berani kerana benar, Jejai turut meminta polis segera menyiasat kes terbabit agar namanya dibersihkan.

“Saya sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan lanjut… Itu saja yang boleh saya kongsi,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment