Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Sertai & Menang!
Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:
Dapatkan Jelita edisi Mei 2016 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan
Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ
Cuaca yang terlalu panas kebelakangan ini antara faktor kekeringan dan kerosakan kulit. Aquatherm Travel Kit dari Skeyndor direka khas untuk mengimbangi semula, memulihkan, melindungi dan membantu kulit secara semula jadi untuk menghadapi perubahan kelembapan dan cuaca. Cuaca yang tidak menentu menyebabkan kulit anda mengalami masalah kegatalan, pengelupasan dan menjadi sensitif. Dengan penggunaan set Skeyndor Aquatherm secara teratur, kulit dapat dilindungi daripada kesan bahaya cuaca yang sering berubah. Diuji pakar kulit, Aquatherm Travel Kit Set ini menyeimbangkan semula metabolisme epidermis kulit dan menetapkan semula fungsi perlindungan untuk melindungi kulit daripada kesan berbahaya alam sekitar apabila digunakan setiap hari.
Menguruskan anak yang cerewet bab makan adalah antara dilema terbesar yang dihadapi ibu bapa. Ibu bapa akan sering diselubungi kebimbangan kerana anak mereka tidak mendapat nutrien yang mencukupi dan ia akan menjejaskan kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sebiji multivitamin setiap hari boleh menjadi sumber pemakanan yang baik kepada kanakkanak. Multivitamin harian yang baik untuk kanakkanak adalah multivitamin yang komprehensif dan menyediakan semua zat penting serta serat pemakanan yang diperlukan untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak. Nature’s Way Kids A +, jenama Vitamin kanak-kanak No.1 di Australia menawarkan gummies Multi-Vitamin + Vegies yang sedap dan mengandungi lapan vitamin iaitu vitamin A, B3, B6, B12, C, D, E dan Biotin serta lima jenis sayur-sayuran – lobak merah, tomato, bayam, ubi bit dan articok untuk memberi sokongan kepada pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.
Selongkar rahsia untuk memiliki rambut yang lembut dan berkilat dengan rangkaian produk Mythic Oil dari L’Oréal Professionnel. Diperkaya dengan campuran 11 minyak sayuran terpilih, produk yang mewah ini menyuburkan rambut dan menjadikannnya beralun dan berkilau dengan cantik. Sesuai untuk semua jenis rambut, L’Oréal Professionnel Mythic Oil adalah sentuhan kemasan khusus kepada penampilan anda. Untuk mendapatkan hasil yang memukau, gunakannya setiap hari terutama jika anda menggunakan pengering rambut.
Ditubuhkan pada 2007, jenama Ice-Watch kini dipasarkan di lebih 75 negara. Reka bentuk jam yang unik, didatangkan dalam pelbagai pilihan model dan warna, mampu menghasilkan lebih 500 kombinasi gaya yang berbeza. Untuk kesesuaian setiap cita rasa, gaya dan keadaan, Ice-Watch melancarkan barisan jam tangan terbaru, Ice City yang menggabungkan reka bentukyang kasual, elegan dan klasik. Enam belas model jam yang pertama mempunyai gelang yang diperbuatdaripada kulit, berfungsi dengan indah dan sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa. Gabungan gaya moden dan tradisi menjadikan jam tangan ini sungguh elegan untuk digayakan.
The post Hadiah Hebat Jelita – Jun 2016 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment