Oleh : Farhana Fuad
Umum tahu Fathia Latiff kini sudah mempunyai penampilan baru iaitu dengan berhijab sepenuhnya. Dirinya mempercayai yang kemenangannya di ABPBH29 adalah antara rezeki yang dikurniakan kepadanya selepas berhijab.
Mengikuti perkembangan terbarunya, Fathia menyatakan yang dia bakal terbang ke Tanah Suci Mekah Mei ini sehingga Ramadan untuk sebuah penggambaran dibawah Zeel Production. Penggambaran tersebut bakal mengambil tempat di Mekah, Madinah dan juga Jeddah.
“Insya-Allah Fathia akan terbang ke Mekah untuk penggambaran pada 15 atau 16 Mei ini sehingga 25 Mei. Fathia akan berlakon dengan Noor Kumalasari, kakak kepada Anita Sarawak di sana kelak. Tajuk cerita tersebut adalah Tiang Nombor 9. Fathia rasa ia diinspirasikan daripada sebuah kisah benar yang dikaitkan dengan jalan hidup Noor Kumalasari,” ujar Fathia.
Tambahnya lagi, Fathia teruja untuk kembali ke Mekah kerana ini merupakan kali kedua untuk dirinya dijemput ke sana. Sebelum ini, Fathia pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci ketika masih kecil bersama ahli keluarganya.
“Fathia rasa ini adalah satu jemputan dari Allah. Insya-Allah. I’m happy about it.”
Dalam masa yang sama untuk penggambaran tersebut, Fathia akan mengambil peluang ini untuk menunaikan umrah buat kali kedua.
Semoga segala urusan dan persiapan ke Tanah Suci dipermudahkan buat Fathia Latiff.
The post Fathia Latiff Bakal Terbang Ke Mekah Untuk Penggambaran Bersama Noor Kumalasari appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment